PERMOHONAN BIASISWA NEGERI SABAH : SYARAT KELAYAKAN & CARA MOHON BKNS 2026
Peluang melanjutkan pengajian ke IPT kini lebih terbuka dengan adanya Biasiswa Negeri Sabah 2026. Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menjadi pemangkin untuk anak Sabah mencapai kejayaan akademik yang lebih tinggi.
Kalau anda bercita-cita tinggi dalam pelajaran, ini masa terbaik untuk membuat permohonan Biasiswa Negeri Sabah.
BACA JUGA: BANTUAN PENDAFTARAN IPT SABAH (BUDI) 2026
APA ITU BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS)?
Biasiswa Negeri Sabah merupakan tajaan pendidikan khas yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk anak Sabah yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Permohonan dibuat melalui portal rasmi Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) yang berfungsi sebagai platform utama bagi penyelarasan semua bantuan pendidikan.
Portal ini diwujudkan di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya bagi memudahkan akses dan memperkasa peluang pendidikan tinggi.

JENIS TAJAAN BKNS YANG DITAWARKAN
Beberapa jenis biasiswa disediakan untuk permohonan mengikut tahap dan kecemerlangan akademik. Antaranya:
- Anugerah Biasiswa Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (Sarjana Muda)
- Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (Sarjana Muda)
- Biasiswa Perdana (Diploma, Sarjana Muda, Sarjana & Perubatan)
Setiap tajaan biasiswa mempunyai syarat kelayakan permohonan yang berbeza mengikut tahap pencapaian akademik.
SYARAT PERMOHONAN BIASISWA NEGERI SABAH MENGIKUT PROGRAM
Berikut adalah syarat kelayakan biasiswa program tajaan mengikut pencapaian akademik pemohon:
- Anugerah Biasiswa TYT Sabah
- Minimum 9A dalam SPM termasuk Bahasa Melayu
- PNGK/CGPA 4.0 di peringkat Matrikulasi/Asasi/A-Level
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah
- Lulus STPM dengan CGPA 4.0
- Dicapai dalam satu kali peperiksaan atau setaraf
- Biasiswa Perdana
- a) Diploma
-Minimum 5 kredit SPM termasuk Bahasa Melayu
-Lulus Bahasa Inggeris (jika kursus guna BI) - b) Sarjana Muda
-CGPA minimum 3.0 (Diploma/STPM/Matrikulasi/Asasi)
-STAM sekurang-kurangnya Jayyid - c) Sarjana
-CGPA minimum 3.5 di peringkat Ijazah - d) Perubatan / Pergigian / Farmasi
-CGPA minimum 3.8
-Pengajian di IPT dalam negara sahaja
- a) Diploma

APA BIDANG UTAMA PENGAJIAN YANG DITAWARKAN?
Biasiswa ini meliputi pelbagai bidang utama termasuk:
- STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik)
- Sastera Ikhtisas
- Sains Sosial
- Sains Gunaan
Pemohon boleh membuat pilihan bidang mengikut minat dan kelayakan akademik masing-masing.
BERAPA HAD UMUR PERMOHONAN BKNS?
Had kelayakan umur bagi permohonan Biasiswa Negeri Sabah adalah seperti berikut:
- Diploma: sehingga 20 tahun
- Sarjana Muda: sehingga 25 tahun
- Sarjana: sehingga 28 tahun

PERMOHONAN BIASISWA NEGERI SABAH
Permohonan Biasiswa Negeri Sabah telah dibuka mulai 20 April 2026 dan perlu dibuat secara online melalui portal rasmi:
👉 https://ptps.sabah.gov.my
Langkah permohonan:
- Daftar akaun menggunakan e-mel aktif
- Log masuk ke sistem PTPS: https://ptps.sabah.gov.my
- Isi maklumat peribadi dan akademik
- Muat naik dokumen berkaitan
- Hantar permohonan
Pastikan semua maklumat lengkap untuk mengelakkan permohonan Biasiswa Negeri Sabah ditolak.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Kebiasaannya ya, tetapi tertakluk kepada pengumuman semasa.
Ya, jika memenuhi syarat untuk peringkat seterusnya.
Tidak, hanya bidang tertentu yang ditawarkan.
Ia boleh membantu, tetapi bukan syarat utama.
Tidak, permohonan adalah percuma.
Biasanya perlu keputusan lengkap untuk dinilai.
Tempoh bergantung kepada jumlah permohonan dan proses semakan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Biasiswa Negeri Sabah ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Bahagian Biasiswa Negeri, Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu.
- Tel: 088-368600, 088 -368676
- Emel: bkns. [email protected]