STR FASA 3 2026 : SEMAK JUMLAH, TARIKH BAYARAN & KEMASKINI MAKLUMAT

STR FASA 3 2026 : SEMAK JUMLAH, TARIKH BAYARAN & KEMASKINI MAKLUMAT

Bantuan STR Fasa 3 2026 menjadi antara yang paling ditunggu oleh rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada bantuan tunai untuk menampung keperluan harian. Dengan pelbagai kategori penerima, jumlah bayaran dan tarikh pengkreditan sering menjadi persoalan utama.

Lebih penting, kemas kini maklumat yang tepat boleh menentukan kelancaran bayaran anda. Semak status, fahami kelayakan dan pastikan bantuan diterima tanpa sebarang masalah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SIAPA LAYAK TERIMA STR FASA 3?

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak, beberapa syarat kelayakan STR telah ditetapkan. Antara syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Bagi individu bujang yang memenuhi syarat, bantuan akan diberikan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

BERAPA JUMLAH STR FASA 3 2026 DISALURKAN?

Jumlah bantuan STR Fasa 3 berbeza mengikut kategori kelayakan penerima. Walaupun jumlah rasmi Fasa 3 belum diumumkan, bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 boleh dijadikan panduan untuk memahami struktur agihan bantuan secara keseluruhan. Berikut butirannya:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH STR FASA 3 2026 DISALURKAN

BAGAIMANA STR FASA 3 2026 DIBAYAR?

Bantuan STR Fasa 3 2026 akan disalurkan melalui saluran rasmi yang ditetapkan bagi memastikan agihan berjalan lancar dan selamat. Antara kaedah biasa:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA STR FASA 3 2026 DIKREDITKAN?

Setakat ini, tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 2026 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan. Penerima disarankan untuk sentiasa mengikuti pengumuman terkini bagi mendapatkan maklumat sah. Sebagai rujukan, bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan lebih awal mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum ini.

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026

AKAUN MYSTR DAFTAR ONLINE

Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan untuk mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR MYSTR ONLINE

STR FASA 3 2026 SEMAKAN STATUS

Semakan status STR Fasa 3 2026 boleh dibuat melalui portal rasmi di bawah seliaan Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu bantuantunai.hasil.gov.my atau melalui talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Berikut langkah ringkas semakan:

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (rayuan baharu STR Fasa 3 diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (rayuan baharu STR Fasa 3 sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
STR FASA 3 2026 SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal, semakan STR Fasa 3 2026 juga boleh dibuat melalui aplikasi rasmi kerajaan seperti MyGOV Malaysia. Pastikan anda mempunyai akaun pengesahan digital aktif untuk menggunakan kemudahan ini.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Status STR Fasa 3 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
STR FASA 3 2026 SEMAKAN STATUS

STR PERMOHONAN BARU

STR Fasa 3 2026 juga membuka peluang kepada individu yang:

  • Tidak lulus sebelum ini
  • Belum membuat permohonan
STR PERMOHONAN BARU
  • Permohonan Baru STR Fasa 3 2026 boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
STR PERMOHONAN BAHARU

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BARU STR FASA 3 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

RAYUAN STR 2026 FASA 3

Pemohon yang layak perlu membuat kemas kini maklumat atau rayuan sebelum 30 Jun 2026 untuk dipertimbangkan dalam Fasa 3 STR 2026. Langkah lengkap rayuan bantuan STR adalah seperti di bawah:

1️⃣ Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my⁠
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat & muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Klik Hantar dan simpan bukti penghantaran

RAYUAN STR 2026 FASA 3

KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI STR

Pengemaskinian maklumat sangat penting sekiranya terdapat perubahan bagi mengelakkan kelewatan atau kegagalan bayaran diterima. Cara kemaskini:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI STR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah semua penerima Fasa 2 akan terus terima Fasa 3?

Tidak semestinya, ia bergantung kepada kelayakan semasa.

Boleh ke semak status tanpa log masuk?

Tidak, perlu log masuk untuk lihat maklumat penuh.

Adakah bayaran dibuat pada hari yang sama untuk semua?

Tidak, ia mungkin berperingkat mengikut kategori.

Boleh ke tukar akaun bank selepas hantar permohonan?

Boleh, tetapi perlu dikemas kini dalam sistem.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Fasa 3 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment