BANTUAN RM600 SELANGOR 2026 : KELAYAKAN & PERMOHONAN BAUCAR BULANAN
Kos sara hidup makin terasa, dan bantuan RM600 seperti Baucar Kita Selangor hadir tepat pada masanya untuk bantu rakyat negeri ini. Dengan nilai sehingga RM600, inisiatif ini menjadi antara yang paling ditunggu oleh golongan B40 dan M40.
Ramai yang tertanya siapa layak, macam mana nak mohon, dan bila Bantuan RM600 Selangor ini akan mula diagihkan? Kalau anda menetap di Selangor, ini info penting yang wajib tahu.
BACA JUGA: BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026
APA ITU BANTUAN RM600 SELANGOR?
Bantuan RM600 ialah inisiatif kewangan Baucar Kita Selangor oleh kerajaan negeri dalam bentuk baucar pembelian.
Tujuannya adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan harian, di samping merancakkan ekonomi tempatan melalui pembelian di premis yang berdaftar.

BANTUAN RM600 SELANGOR SYARAT KELAYAKAN
Untuk melayakkan diri menerima bantuan ini, pemohon perlu memenuhi syarat asas berikut:
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin tetap di Selangor
- Tergolong dalam kategori B40 atau M40
- Terjejas dengan kos sara hidup semasa
- Program ini menyasarkan kira-kira 50,000 penerima yang benar-benar memerlukan bantuan bagi pembelian barangan asas.
Nota: Perincian syarat khusus masih belum diumumkan sepenuhnya dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
BILA TARIKH AGIHAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026?
Agihan baucar dijangka bermula pada Jun 2026 bagi fasa pertama. Baucar bernilai RM100 akan diberikan setiap bulan selama 6 bulan, iaitu dari Jun hingga November 2026. Walau bagaimanapun, tarikh spesifik setiap bulan masih belum diumumkan secara rasmi.
| TARIKH BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Jun 2026 | RM 100 |
| Julai 2026 | RM 100 |
| Ogos 2026 | RM 100 |
| September 2026 | RM 100 |
| Oktober 2026 | RM 100 |
| November 2026 | RM 100 |
Makluman: Info terkini tarikh agihan bantuan akan dikemaskini semula.
BERAPA NILAI BANTUAN & SASARAN?
Program ini menawarkan bantuan sebanyak RM100 sebulan selama 6 bulan, menjadikan jumlah keseluruhan RM600 bagi setiap penerima.
Inisiatif ini melibatkan peruntukan sekitar RM30 juta di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026. Sasaran utama:
- 50,000 rakyat Selangor
- Golongan B40 & M40Individu/isi rumah yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup
- Bantuan ini difokuskan kepada penduduk tetap Selangor untuk pembelian barangan asas.

BANTUAN RM600 SELANGOR CARA MOHON
Setakat ini, belum ada perincian rasmi berkaitan cara permohonan. Program ini baru diumumkan sekitar April 2026 dan sistem pendaftaran masih belum dibuka kepada orang ramai. Namun, terdapat kemungkinan:
- Penerima dipilih secara automatik berdasarkan data sedia ada (B40/M40)
- Permohonan akan dibuka secara online dalam masa terdekat
Orang ramai disarankan untuk menunggu pengumuman rasmi yang dijangka sekitar Mei atau Jun 2026 sebelum agihan fasa pertama bermula.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak, ia diagihkan secara bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan.
Tidak, ia hanya untuk barangan keperluan asas di premis terpilih.
Masih belum dipastikan, kemungkinan ada kaedah automatik atau permohonan online.
Golongan yang paling terkesan dengan kos sara hidup semasa.
Kelayakan bergantung kepada status bermastautin tetap dan data semasa.
Tidak semestinya, ia juga melibatkan individu bergantung kepada kriteria.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan RM600 Selangor ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui: