PENDAFTARAN TABIKA KEMAS SESI 2027 : SEMAK SYARAT & PANDUAN PERMOHONAN ONLINE
Nak masukkan anak ke TABIKA KEMAS sesi 2027? Inilah masa terbaik untuk ibu bapa mula bersedia dengan maklumat lengkap permohonan. Program pendidikan awal ini bukan sahaja membantu perkembangan anak, malah jadi asas penting sebelum melangkah ke sekolah rendah.
Jadi, pastikan anda faham syarat, tarikh dan cara pendaftaran TABIKA KEMAS supaya anak tidak terlepas peluang pendidikan awal yang berkualiti.
BACA JUGA: PENDAFTARAN PRA SEKOLAH KPM
APA ITU TABIKA & TASKA KEMAS?
Program pendidikan awal kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyediakan pembelajaran berstruktur mengikut garis panduan pendidikan negara.
Program ini terbahagi kepada dua kategori utama:
TASKA KEMAS: Untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun
TABIKA KEMAS: Untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
Silibus yang digunakan adalah selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, serta garis panduan penjagaan kanak-kanak yang ditetapkan oleh pihak berkaitan.
BERAPA UMUR KEMASUKAN TABIKA KEMAS 2027?
Bagi sesi 2027, TABIKA KEMAS dibuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun.
Program ini melibatkan lebih 10,000 TABIKA di seluruh negara bagi memberi peluang pendidikan awal kepada lebih ramai kanak-kanak.
BILA PENDAFTARAN TABIKA KEMAS 2027 DIBUKA?
Pendaftaran TABIKA KEMAS bagi sesi 2027 dibuka mulai:
| TARIKH PENDAFTARAN TABIKA KEMAS SESI 2027 |
|---|
| 📅 1 Mei 2026 |
Ibu bapa digalakkan membuat permohonan awal bagi mengelakkan kekosongan tempat memandangkan kapasiti kelas adalah terhad.
APA SYARAT PENDAFTARAN TABIKA KEMAS?
Untuk memastikan kelayakan, beberapa syarat asas telah ditetapkan:
- Kanak-kanak warganegara Malaysia atau mempunyai ibu/bapa warganegara
- Berumur 4 hingga 6 tahun
- Keutamaan kepada umur 5 dan 6 tahun
- Bilangan murid setiap kelas adalah terhad (10 hingga 30 orang)
- Permohonan lengkap perlu dihantar ke TABIKA berdekatan
Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh sekitar satu bulan selepas tarikh tutup.

DOKUMEN DIPERLUKAN SEMASA PENDAFTARAN
Pastikan semua dokumen disediakan bagi melancarkan proses permohonan:
- Salinan sijil kelahiran / MyKid
- Salinan IC ibu bapa / penjaga
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan
- Dua keping gambar pasport kanak-kanak
- Rekod kesihatan (jika berkaitan)
- Rekod imunisasi kanak-kanak
Perhatian: Dokumen lengkap akan membantu mempercepatkan proses semakan.
PENDAFTARAN TABIKA KEMAS
Pendaftaran boleh dibuat secara online atau manual melalui beberapa langkah mudah. Ikuti panduan lengkap di bawah ini:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi KEMAS: https://www.kemas.gov.my
- Pilih bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Muat turun atau isi borang permohonan
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Hantar permohonan melalui sistem
Permohonan Manual
Ibu bapa juga boleh memohon secara fizikal:
- Ambil borang di Pejabat KEMAS daerah
- Atau di TABIKA / TASKA KEMAS berdekatan
- Isi borang dan hantar bersama dokumen sokongan
Muat turun borang pendaftaran TABIKA KEMAS di sini:
📌 Pilih cara yang paling mudah untuk anda, online atau manual.
TABIKA KEMAS PROSES PEMILIHAN MURID
Selepas pendaftaran & permohonan dihantar, pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA KEMAS akan menilai setiap permohonan yang diterima. Langkah pemilihan:
- Semakan dokumen permohonan
- Penilaian kelayakan kanak-kanak
- Pemilihan berdasarkan kapasiti kelas
📌 Keputusan sama ada Terima atau Tolak biasanya akan dimaklumkan kepada ibu bapa dalam tempoh kira-kira sebulan selepas tarikh tutup permohonan.
SENARAI TABIKA KEMAS SELURUH MALAYSIA
Terdapat lebih daripada 10,500 TABIKA KEMAS yang beroperasi di seluruh negara, meliputi negeri-negeri berikut:
Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
📌 Ibu bapa boleh menghubungi Pejabat KEMAS negeri atau daerah berhampiran untuk mendapatkan maklumat lokasi TABIKA yang tersedia.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Kebiasaannya percuma, namun mungkin terdapat yuran tertentu bergantung kepada lokasi.
Ya, tetapi tertakluk kepada kekosongan dan keputusan jawatankuasa.
Tidak semua TABIKA memerlukan temuduga, bergantung kepada kawasan.
Perlu menunggu sesi seterusnya atau bertanya terus kepada TABIKA berhampiran.
Sesetengah kawasan memberi keutamaan berdasarkan keperluan komuniti.
Ibu bapa boleh cuba memohon di TABIKA lain yang masih mempunyai kekosongan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Pendaftaran TABIKA KEMAS ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan pendidikan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Facebook : KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
- Laman web : https://www.kemas.gov.my/
- Telefon : 03-8891 2682