PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3 : SEMAK PANDUAN CARA BUAT PERMOHONAN BARU
Masih belum lulus STR atau terlepas permohonan sebelum ini? Jangan risau, Permohonan Rayuan STR Fasa 3 2026 membuka peluang kedua untuk anda mendapatkan bantuan tunai kerajaan. Fasa ini sangat penting khususnya bagi mereka yang tidak lulus atau belum sempat memohon sebelum ini.
Jadi, pastikan anda faham panduan lengkap rayuan dan permohonan baharu agar tidak terlepas peluang sekali lagi.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
SIAPA LAYAK PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3?
Antara syarat utama yang perlu dipenuhi bagi permohonan rayuan STR Fasa 3 2026 adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
*Bagi kategori bujang yang memenuhi syarat kelayakan, mereka akan menerima manfaat di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BERAPA JUMLAH STR FASA 3 DIAGIHKAN?
Jumlah bantuan bagi STR Fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori kelayakan penerima. Buat masa ini, jumlah rasmi masih belum diumumkan. Namun, bayaran yang diterima dalam Fasa 1 dan Fasa 2 boleh dijadikan panduan untuk memahami struktur agihan bantuan secara keseluruhan:

- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 | 150 |
| 1-2 | 1200 | 300 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 | 450 |
| >5 | 2200 | 500 | 600 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 | 200 |
| >5 | 950 | 200 | 250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 | 150 |

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 3 DISALURKAN?
Bantuan STR disalurkan melalui kaedah yang ditetapkan mengikut kategori penerima bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan selamat. Ini termasuk pengkreditan ke akaun bank atau kaedah lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Berikut butirannya:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
BILA BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?
Sehingga kini, tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan. Penerima disarankan untuk sentiasa mengikuti pengumuman rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini. Sebagai rujukan, bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan lebih awal mengikut jadual yang ditetapkan:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |
| FASA 2 | BERMULA 10 MAC 2026 |
MYSTR DAFTAR ONLINE
Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan untuk mendaftar akaun MySTR. Akaun ini memudahkan urusan permohonan, rayuan, semakan status STR Fasa 3 serta kemas kini maklumat secara dalam talian. Berikut langkah-langkahnya:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3
Fasa 3 STR 2026 memberi peluang kepada individu yang tidak lulus untuk membuat rayuan atau belum pernah membuat permohonan sebelum ini. Permohonan baharu dan rayuan STR Fasa 3 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi atau secara manual di kaunter LHDN yang berdekatan.

- Permohonan Baharu STR Fasa 3 boleh dibuat secara:
- Online melalui portal MySTR
- Manual melalui kaunter LHDN terpilih
PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:
PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3 SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
RAYUAN STR FASA 3 2026
Permohonan rayuan bagi yang tidak lulus untuk STR Fasa 3 kini dibuka. Pemohon yang layak perlu membuat kemas kini atau rayuan sebelum 30 Jun 2026 untuk dipertimbangkan dalam Fasa 3. Langkah lengkap rayuan bantuan STR adalah:
1️⃣ Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat & muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Klik Hantar dan simpan bukti penghantaran

STR FASA 3 SEMAKAN STATUS
Semakan status bagi permohonan baharu & rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi di bantuantunai.hasil.gov.my di bawah seliaan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Ikuti langkah semakan seperti yang disediakan dalam portal rasmi:
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan rayuan baharu STR Fasa 3 diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan rayuan baharu STR Fasa 3 sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal, semakan permohonan rayuan STR Fasa 3 juga boleh dilakukan melalui aplikasi rasmi kerajaan.
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semak Status Permohonan Rayuan STR Fasa 3 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan permohonan rayuan STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

KEMASKINI MAKLUMAT STR
Pengemaskinian maklumat sangat penting sekiranya terdapat perubahan seperti:
👉 Pendapatan
👉 Status perkahwinan
👉 Maklumat akaun bank
Cara kemaskini maklumat seperti di bawah ini:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Individu yang tidak lulus sebelum ini atau mempunyai perubahan maklumat boleh membuat rayuan.
Tidak, setiap permohonan masih tertakluk kepada semakan kelayakan semasa.
Tidak digalakkan kerana dokumen penting untuk proses pengesahan.
Bergantung kepada ketetapan semasa sistem dan pihak berkuasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Rayuan STR Fasa 3 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/