PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3 : SEMAK PANDUAN CARA MOHON ONLINE BANTUAN TUNAI

PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3 : SEMAK PANDUAN CARA MOHON ONLINE BANTUAN TUNAI

Permohonan baharu STR Fasa 3 2026 menjadi antara perkara penting bagi mereka yang belum pernah memohon atau ingin mengemas kini kelayakan bantuan tunai kerajaan. Dengan proses yang semakin mudah secara dalam talian, pemohon kini boleh membuat semakan dan permohonan dengan lebih cepat.

Pastikan anda memahami syarat, kaedah permohonan serta info terkini supaya tidak terlepas peluang menerima bantuan ini.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SIAPA LAYAK BUAT PERMOHONAN STR 2026?

Kelayakan bantuan STR 2026 masih berpandukan syarat asas sedia ada. Penilaian dibuat berdasarkan kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang mengikut kriteria pendapatan yang ditetapkan. Syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Kategori bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 DISALURKAN?

Jumlah bantuan STR Fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori kelayakan penerima. Masih tiada pengumuman rasmi bagi jumlah sebenar Fasa 3 STR. Jadi, jumlah bayaran Fasa 1 & Fasa 2 boleh dijadikan panduan bagi memahami struktur agihan bantuan ini:

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 DISALURKAN
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 DISALURKAN

BAGAIMANA CARA STR FASA 3 DIAGIHKAN?

Bantuan diagihkan melalui saluran yang telah ditetapkan mengikut jenis penerima bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan selamat. Berikut butirannya:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA BANTUAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?

Setakat ini, tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan. Penerima dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti pengumuman rasmi dari semasa ke semasa. Sebagai rujukan, bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan lebih awal mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026
BILA BANTUAN STR FASA 3 DIKREDITKAN

DAFTAR MYSTR ONLINE

Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan untuk mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan STR Fasa 3, semakan serta pengemaskinian maklumat. Langkah pendaftaran:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR MYSTR ONLINE

PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3

Fasa 3 STR 2026 memberi peluang kepada individu yang tidak lulus atau belum membuat permohonan baharu sebelum ini. Permohonan baharu STR Fasa 3 boleh dibuat secara dalam talian atau melalui kaunter LHDN berdekatan.

PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3
  • Permohonan Baharu STR Fasa 3 boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BAHARU STR FASA 3 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

RAYUAN STR DIBUKA SEMULA

Rayuan bagi Fasa 3 permohonan STR yang tidak lulus kini telah dibuka. Pemohon perlu membuat kemas kini atau rayuan sebelum 30 Jun 2026 untuk dipertimbangkan dalam Fasa 3.

Cara Buat Rayuan STR (Online):
1️⃣ Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my⁠
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat & muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Klik Hantar dan simpan bukti penghantaran

📌 Pastikan maklumat diisi dengan tepat bagi mengelakkan permohonan baharu STR Fasa 3 ditolak semula.

RAYUAN STR DIBUKA SEMULA

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BAYARAN STR?

Status permohonan baharu & bayaran STR Fasa 3 boleh disemak melalui portal rasmi: bantuantunai.hasil.gov.my atau hubungi talian hotline BKK: 1-800-88-2747. Langkah semakan:

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan baharu STR Fasa 3 diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan baharu STR Fasa 3 sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BAYARAN STR

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal, semakan status permohonan baharu STR Fasa 3 juga boleh dibuat melalui aplikasi rasmi kerajaan dengan syarat pengguna mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif. Kaedah ini memudahkan semakan dilakukan terus melalui telefon pintar.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Status Permohonan Baharu STR Fasa 3 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan permohonan STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR FASA 3

CARA PENGEMASKINIAN MAKLUMAT STR TERKINI

Pengemaskinian maklumat sangat penting sekiranya terdapat perubahan seperti:

👉 Pendapatan
👉 Status perkahwinan
👉 Maklumat akaun bank

Langkah ini membantu mengelakkan sebarang kelewatan atau kegagalan bayaran. Cara kemaskini maklumat:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA PENGEMASKINIAN MAKLUMAT STR TERKINI

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapa yang perlu buat permohonan baharu STR?

Individu yang belum pernah memohon atau tiada rekod dalam sistem.

Adakah perlu mohon semula setiap tahun?

Tidak semestinya, kecuali terdapat perubahan atau diminta kemas kini.

Bolehkah permohonan dibuat melalui telefon sahaja?

Boleh, selagi melalui portal rasmi atau aplikasi yang sah.

Adakah keputusan permohonan keluar serta-merta?

Tidak, ia mengambil masa untuk proses semakan dan kelulusan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Baharu STR Fasa 3 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment