JADUAL BAYARAN STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia, khususnya bagi meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Bagi Fasa 3 2026, ramai penerima ingin mengetahui jadual bayaran serta status kelayakan masing-masing sama ada masih layak atau tidak.
Justeru, rujuk panduan ini untuk memahami jadual bayaran STR Fasa 3, cara semakan status serta langkah penting yang perlu diambil oleh penerima.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Antara syarat utama kelayakan bayaran STR 2026 termasuk kategori isi rumah, warga emas dan bujang berdasarkan had pendapatan yang ditetapkan. Berikut perinciannya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
*Bagi kategori bujang yang layak, mereka akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad.
BAGAIMANA BAYARAN STR FASA 3 DISALURKAN?
Bantuan STR disalurkan melalui saluran yang ditetapkan bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan selamat. Antara kaedah utama termasuk:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
BILA JADUAL BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?
Jadual bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan. Penerima dinasihatkan untuk mengikuti maklumat terkini dari semasa ke semasa. Sebagai rujukan, bayaran STR Fasa 2 telah disalurkan secara berperingkat bermula 10 Mac 2026. Maklumat ini boleh dijadikan panduan untuk memahami corak dan jadual bayaran STR bagi Fasa 3.
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |
| FASA 2 | BERMULA 10 MAC 2026 |

JADUAL BAYARAN STR FASA 3
Jadual bayaran bantuan STR bagi Fasa 3 bergantung kepada kategori kelayakan penerima. Nilai bayaran ini juga dipengaruhi oleh had maksimum bantuan tahunan yang telah ditetapkan. Sebagai panduan awal, bayaran Fasa 1 & Fasa 2 boleh dijadikan rujukan untuk memahami struktur keseluruhan bantuan. Butirannya seperti berikut:

- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 | 150 |
| 1-2 | 1200 | 300 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 | 450 |
| >5 | 2200 | 500 | 600 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 | 200 |
| >5 | 950 | 200 | 250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 | 150 |

AKAUN MYSTR DAFTAR ONLINE
Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan untuk mendaftar akaun MySTR. bagi memudahkan urusan berkaitan permohonan, semakan jadual bayaran STR Fasa 3 serta kemas kini maklumat. Berikut langkah-langkah pendaftarannya:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SEMAKAN JADUAL BAYARAN STR FASA 3 2026
Status jadual bayaran STR Fasa 3 boleh disemak melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau pertanyaan juga boleh dibuat melalui talian hotline rasmi BKK di 1-800-88-2747 yang disediakan. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah semakan jadual bayaran STR Fasa 3 yang ditetapkan seperti berikut:
SEMAKAN JADUAL BAYARAN STR FASA 3 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 3 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAKAN JADUAL BAYARAN STR FASA 3 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal, semakan jadual bayaran STR Fasa 3 juga boleh dibuat melalui aplikasi rasmi kerajaan. Namun, pengguna perlu mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif bagi mengakses maklumat bantuan.
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semak Jadual Bayaran STR Fasa 3 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan jadual bayaran STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

PERMOHONAN & RAYUAN STR
Permohonan baharu dan rayuan STR Fasa 2 2026 telah dibuka. Pemohon boleh mula menyemak status kelulusan bermula 30 Mac 2026, dan bayaran kepada permohonan yang lulus akan disalurkan secara berperingkat bermula tarikh yang sama.

- Permohonan boleh dibuat secara:
- Online melalui portal MySTR
- Manual melalui kaunter LHDN terpilih
PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:
PERMOHONAN STR 2026 SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
BAGAIMANA CARA MAKLUMAT DIKEMASKINI?
Pengemaskinian maklumat amat penting sekiranya terdapat perubahan seperti pendapatan, status perkahwinan atau akaun bank. Langkah ini dapat mengelakkan kelewatan atau kegagalan bayaran pada fasa seterusnya. Ikuti cara pengemaskinian berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak semestinya, kelayakan bergantung kepada semakan data terkini.
Tidak, bantuan diberikan berdasarkan satu kategori kelayakan sahaja.
Ya, jumlah bayaran boleh berbeza mengikut fasa dan kategori.
Semak status terlebih dahulu dan pastikan maklumat adalah tepat.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Jadual Bayaran STR Fasa 3 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/