CHECK STR FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & TARIKH BAYARAN
Semakan STR Fasa 3 2026 menjadi antara perkara penting bagi penerima yang ingin mengetahui status kelayakan serta tarikh bayaran bantuan yang akan diterima. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus menjadi inisiatif utama kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup.
Melalui check secara dalam talian, penerima boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan kelulusan, jumlah bayaran serta kaedah agihan STR Fasa 3 2026 dengan lebih mudah dan pantas.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Kelayakan bantuan STR 2026 masih berpandukan syarat asas sedia ada dengan beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa. Antara syarat-syaratnya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
*Sebagai makluman, kategori bujang yang memenuhi syarat akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad.
BILA TARIKH STR FASA 3 DIKREDITKAN?
Tarikh bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan. Penerima yang layak dinasihatkan untuk mengikuti sebarang pengumuman terkini dari pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Perinciannya tarikh bayaran bagi Fasa 1 & Fasa 2 STR 2026 seperti dalam jadual:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |
| FASA 2 | BERMULA 10 MAC 2026 |
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 3?
Jumlah bantuan bagi Fasa 3 bergantung kepada kategori penerima serta had maksimum yang telah ditentukan. Jumlah bantuan bagi Fasa 3 masih belum diumumkan dan akan dikemaskini selepas maklumat rasmi diperoleh. Check butiran jumlah bayaran STR Fasa 1 & Fasa 2 sebagai rujukan awal seperti dalam jadual berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 | 150 |
| 1-2 | 1200 | 300 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 | 450 |
| >5 | 2200 | 500 | 600 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 | 200 |
| >5 | 950 | 200 | 250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 | 150 |

BAGAIMANA STR FASA 3 DISALURKAN?
Bantuan disalurkan melalui saluran yang telah ditetapkan mengikut jenis penerima bagi memastikan proses agihan berjalan dengan lancar dan selamat. Setiap kategori penerima akan menerima bayaran melalui kaedah yang bersesuaian.
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
PENDAFTARAN AKAUN MYSTR
Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan untuk mendaftar akaun MySTR. Langkah pendaftaran boleh diikuti melalui sistem yang disediakan:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

CHECK STR FASA 3
Penerima yang layak boleh check status STR Fasa 3 melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau talian hotline BKK di 1-800-88-2747 yang disediakan oleh pihak berwajib. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah untuk check status STR Fasa 3:
CHECK STR FASA 3 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran rayuan Fasa 2 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

STR FASA 3 CHECK MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal, status STR Fasa 3 juga boleh check melalui aplikasi rasmi kerajaan.
Pengguna perlu mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif sebelum mengakses maklumat bantuan.
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Check STR Fasa 3 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 3 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

CHECK RAYUAN & PERMOHONAN BARU STR
Permohonan baharu dan semakan status kelulusan rayuan STR Fasa 2 2026 telah dibuka. Pemohon boleh mula menyemak status kelulusan bermula 30 Mac 2026, manakala bayaran kepada permohonan yang lulus akan disalurkan secara berperingkat mulai tarikh yang sama.

- Permohonan boleh dibuat secara:
- Online melalui portal MySTR
- Manual melalui kaunter LHDN terpilih
PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:
PERMOHONAN STR 2026 SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT STR
Pengemaskinian maklumat adalah penting sekiranya terdapat perubahan. Langkah ini membantu mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses bayaran bantuan. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak sepenuhnya, penilaian boleh berubah berdasarkan data terkini.
Tidak semestinya, ia bergantung kepada semakan semula kelayakan.
Ya, perubahan maklumat boleh mempengaruhi kelayakan semasa.
Ya, data biasanya disemak dengan pelbagai sumber berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Check STR Fasa 3 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/