MYKASIH SARA : SEMAKAN STATUS DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

MYKASIH SARA : SEMAKAN STATUS DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Program SARA MyKasih merupakan inisiatif bantuan bersasar yang diperkenalkan bagi membantu golongan memerlukan menampung kos barangan keperluan asas melalui penggunaan MyKad. Bantuan ini dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan disalurkan secara tanpa tunai supaya agihan lebih telus, tersusun serta mudah dipantau oleh penerima yang layak.

Ikuti info lengkap yang telah disediakan.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA?

Kelayakan MyKasih SARA ditentukan berdasarkan beberapa kriteria asas bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak selaras dengan dasar bantuan bersasar. Berikut syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA BAYARAN MYKASIH SARA DISALURKAN?

Penyaluran bantuan dibuat mengikut jadual agihan rasmi yang ditetapkan untuk setiap kategori penerima. Tarikh pembayaran adalah seperti di bawah:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang
BILA BAYARAN MYKASIH SARA DISALURKAN

MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS

Status kelayakan boleh disemak secara dalam talian melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA sara.gov.my. Penerima juga boleh menghubungi talian hotline STR 1-800-88-2747 dan MyKasih 03-7720 1800 yang disediakan untuk pertanyaan lanjut. Panduan semakan seperti berikut:

SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
PORTAL MYSTR

SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA Bulanan 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semakan baki bantuan SARA Bulanan 2026
MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS

MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Bagi pengguna aplikasi MyGOV Malaysia, log masuk menggunakan akaun MyDigital ID diperlukan sebelum maklumat bantuan boleh diakses. Proses ini memastikan data penerima kekal selamat dan disahkan.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bantuan Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan MyKasih SARA masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH?

Penerima yang layak boleh menerima kredit bantuan sehingga RM200 sebulan, tertakluk kepada kategori kelayakan dan status penerima. Berikut perinciannya:

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
  • RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH
Jumlah Bantuan SARA eKasih

PENGHARGAAN SARA

  • Selain bantuan bulanan, terdapat juga bayaran khas RM100 secara sekali bayar kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bermula 9 Februari 2026.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH

CARA CHECK KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD

Baki bantuan boleh dipantau melalui beberapa saluran rasmi bagi memudahkan penerima menjejak penggunaan serta baki semasa. Butirannya seperti berikut:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
CARA CHECK KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

BAGAIMANA CARA GUNA MYKAD UNTUK BELI BARANG?

Penggunaan kredit dibuat dengan memilih barangan diluluskan dan mengimbas MyKad di kaunter pembayaran bagi pengesahan transaksi di premis berdaftar. Berikut langkah lengkapnya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA MYKAD UNTUK BELI BARANG

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah semua penerima STR automatik layak SARA?

Tidak semestinya, kerana kelayakan tertakluk kepada kategori dan syarat tambahan tertentu.

Perlu daftar akaun baharu untuk semakan?

Sesetengah platform memerlukan pendaftaran akaun bagi tujuan keselamatan akses maklumat.

Bolehkah bantuan digunakan di semua kedai?

Tidak, hanya di premis rakan niaga berdaftar sahaja.

Adakah kredit boleh dikeluarkan sebagai tunai?

Tidak boleh, ia hanya digunakan untuk pembelian barangan diluluskan.

Bolehkah wakil membeli bagi pihak penerima?

Boleh jika MyKad penerima digunakan semasa transaksi.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi MyKasih SARA ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment