PERMOHONAN TUDM 2026 : PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA SIRI 71/26
Permohonan TUDM 2026 kini dibuka bagi pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 71/26 untuk calon lelaki dan wanita. Pengambilan ini memberi peluang kepada belia Malaysia yang berminat untuk menyertai angkatan pertahanan udara negara dengan latihan berstruktur, pendapatan tetap serta jaminan kerjaya jangka panjang dalam perkhidmatan awam.
Segala info terperinci telah disediakan di bawah untuk rujukan anda.
BACA JUGA: PENGAMBILAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
APA SYARAT PERMOHONAN TUDM 2026?
Terdapat beberapa syarat kelayakan umum & fizikal yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan TUDM 2026. Berikut perinciannya:

SYARAT KELAYAKAN UMUM
Pemohon hendaklah memenuhi syarat asas berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2026
- Lepasan SPM / SVM / SKM Tahap 2 atau 3 / Diploma
- Sihat tubuh badan dan bebas penyakit kronik
- Tidak mempunyai rekod jenayah
- Penglihatan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna
Perhatian: Status TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
KELAYAKAN AKADEMIK YANG DITERIMA
| KELAYAKAN CALON | KEPERLUAN |
|---|---|
| Lepasan Diploma Kejuruteraan | Memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal/Elektrikal/Elektronik/bidang lain yang berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM layak memohon. |
| Lepasan Diploma | Memiliki Diploma dalam bidang Sains, Teknologi atau Pengurusan turut layak & akan diberi keutamaan. |
| Lepasan SPM/SVM | Memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu & Sejarah. Keutamaan kepada calon yang peroleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris/Matematik/Sains/Fizik/Kimia. |
SYARAT FIZIKAL
| KRITERIA | CALON LELAKI | CALON WANITA |
|---|---|---|
| Tinggi Minimum | 1.65 meter | 1.60 meter |
| Berat Minimum | 49 kilogram | 46 kilogram |
| BMI | 18 – 25 | 18 – 25 |
| Keadaan Anggota | Tiada kecacatan | Tiada kecacatan |

BILA TARIKH PERMOHONAN TUDM 2026 DIBUKA?
Jika berminat untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia, pemohon boleh membuat permohonan TUDM bagi tahun 2026 bermula tarikh berikut:
| TARIKH PERMOHONAN |
|---|
| Bermula 15 Disember 2025 sehingga 15 Februari 2026 |
*Tarikh tutup permohonan bagi zon pemilihan di Sabah & Sarawak: 15 Januari 2026.
PERMOHONAN TUDM 2026
Permohonan TUDM 2026 hanya boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah berikut:
- Layari Laman Kerjaya & Pengambilan TUDM: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
- Daftar akaun pemohon.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Hantar permohonan.
*Semakan status permohonan boleh dibuat melalui ruangan pemohon. Bagi calon yang berjaya, perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

GAJI, ELAUN & KEISTIMEWAAN TUDM
Berikut ialah anggaran gaji permulaan Perajurit Muda TUDM 2026 mengikut kelayakan:
| KELAYAKAN | ANGGARAN GAJI |
|---|---|
| Latihan Perajurit Muda (6 bulan) | RM1,925 |
| Lepasan SPM / SVM | RM2,035 |
| SKM Tahap 2 | RM2,107 |
| SKM Tahap 3 | RM2,179 |
| Diploma Kejuruteraan | RM2,539 |
Tambahan keistimewaan:
- Kenaikan gaji tahunan mengikut pangkat
- Elaun khidmat & insentif khas
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam & penginapan
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
- Cuti tahunan & tuntutan perjalanan
KELEBIHAN MENYERTAI TUDM
Antara kelebihan menyertai pengambilan perajurit muda TUDM adalah:
- Kerjaya stabil dalam sektor pertahanan
- Latihan profesional dan berdisiplin tinggi
- Peluang naik pangkat dan kepakaran teknikal
- Kebajikan anggota dan keluarga terjamin
- Pengalaman berkhidmat kepada negara
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak diperlukan.
Ya, pemeriksaan kesihatan adalah wajib.
Boleh selagi masih memenuhi syarat umur dan kelayakan.
Ya, calon yang lulus tapisan akan dipanggil.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan TUDM 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
- No Tel : 03-40170100
- Hari : Isnin – Jumaat
- Masa : 9.00pg – 4.00ptg
- Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM