SEMAK KELAYAKAN PLKN : SEMAKAN STATUS PENGAMBILAN PLKN 3.0 SIRI 1 2026
Semakan kelayakan PLKN 3.0 Siri 1 Tahun 2026 kini boleh dilakukan secara dalam talian bagi membolehkan calon mengetahui sama ada mereka terpilih menyertai latihan siri pertama. PLKN 3.0 merupakan program latihan nasional yang memberi penekanan kepada pembinaan karakter, kecergasan fizikal, disiplin serta nilai kenegaraan dalam kalangan belia. Semak awal kelayakan PLKN penting bagi membolehkan pelatih membuat persediaan dari segi kehadiran, dokumen dan pengesahan penyertaan.
Untuk panduan lebih jelas, sila lihat info yang disediakan di bawah.

BACA JUGA: PENGAMBILAN PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2026
PLKN 3.0
PLKN 3.0 ialah Program Latihan Khidmat Negara yang fokus pada pembinaan disiplin, ketahanan fizikal, semangat cinta negara, dan nilai kenegaraan. Program ini disusun untuk melahirkan generasi muda yang lebih yakin diri, berdisiplin dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa. Latihan dilaksanakan melalui dua modul utama iaitu modul ketenteraan serta modul kenegaraan, yang dirangka secara sistematik oleh pihak berautoriti.
| MODUL | KANDUNGAN |
|---|---|
| Modul Ketenteraan (70%) | Kawad, disiplin, survival, latihan asas tentera |
| Modul Kenegaraan (30%) | Patriotisme, perpaduan, sivik, kesukarelawanan |

SIAPA PERLU SEMAK KELAYAKAN PLKN 2026?
Semakan kelayakan bagi Siri 1 PLKN 2026 adalah khusus untuk kumpulan calon tertentu berdasarkan ketetapan JLKN. Semak kelayakan PLKN 2026 seperti berikut:
- Remaja kelahiran tahun 2008
- Yang tersenarai dalam sistem PLKN 3.0
- Mempunyai rekod maklumat tepat dalam pangkalan data JPN & PLKN

BILA TARIKH LATIHAN PLKN 2026 SIRI 1?
Untuk tahun 2026, PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam empat siri latihan berasingan. Setiap siri mempunyai jadual tarikh latihan tersendiri dan calon akan ditempatkan mengikut ketetapan semasa. Maklumat lengkap tarikh dan siri boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
| SIRI LATIHAN | TARIKH |
|---|---|
| SIRI 1 | 17 JAN – 3 MAC 2026 |
| SIRI 2 | 25 APR – 8 JUN 2026 |
| SIRI 3 | 11 JUL – 24 OGOS 2026 |
| SIRI 4 | 3 OKT – 16 NOV 2026 |
- Tempoh keseluruhan latihan adalah kira-kira 7 minggu dan dilaksanakan di kem latihan yang ditetapkan oleh PLKN.
- Untuk Siri 1 Tahun 2026, latihan akan dijalankan di dua buah kem Askar Wataniah iaitu:
- Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur
- Rejimen 505 (AW), Pekan, Pahang
- Lokasi penempatan sebenar akan dimaklumkan melalui notis pemanggilan calon yang terpilih.
SEMAK KELAYAKAN PLKN
Calon boleh semak status kelayakan pelatih PLKN Siri 1 2026 bermula 8 Disember 2025 secara dalam talian melalui sistem ePLKN. Semakan ini memaparkan status terpilih, simpan, atau tidak terpilih berdasarkan ketetapan JLKN. Berikut adalah langkah lengkap untuk semak kelayakan PLKN:
- Buka laman semakan PLKN
- Masukkan No. MyKad.
- Tekan Semak.
- Paparan akan tunjuk sama ada Layak / Tidak Layak / Senarai Menunggu.

Perhatian:
- Bagi memastikan urusan pendaftaran dan pentadbiran berjalan lancar, calon yang terpilih diwajibkan membuat pengesahan kehadiran melalui sistem ePLKN 3.0 sebelum 25 Disember 2025. Calon hanya perlu menekan butang DAFTAR bagi mengesahkan penyertaan untuk Siri 1/2026.

- Semakan semula bagi calon simpanan akan dibuka pada 29 Disember 2025. Tempoh sebagai calon simpanan berlangsung sepanjang tahun 2026, dan calon mungkin dipanggil sekiranya terdapat kekosongan.

- JLKN akan mengeluarkan pengumuman secara berperingkat berhubung siri latihan PLKN seterusnya. Calon dinasihatkan untuk sentiasa memantau portal ePLKN dan mengikuti hebahan rasmi bagi maklumat terkini.
APA KELEBIHAN PENYERTAAN PLKN 3.0?
Antara kelebihan mengikuti PLKN 3.0 termasuklah:
- Meningkatkan semangat patriotisme.
- Memupuk perpaduan dan integrasi masyarakat.
- Melahirkan generasi muda yang cergas dan berdisiplin.
- Memberikan asas ketenteraan dan latihan komuniti.
- Menyediakan laluan kerjaya kepada pelatih berbakat.
- Membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET & industri.
- Menambah merit permohonan kerja sektor awam.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK KELAYAKAN PLKN
Lokasi kem akan dinyatakan dalam notis pemanggilan calon terpilih.
Ya, calon simpanan mungkin dipanggil jika berlaku kekosongan.
Bawa dokumen penting, pakaian yang sesuai dan peralatan mandi dan kebersihan diri.
Kegagalan mengesahkan kehadiran boleh menyebabkan tempat digantikan calon lain.
Latihan fizikal, pendidikan kewarganegaraan dan kemahiran hidup.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak Kelayakan PLKN ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Semakan PLKN: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Laman Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia
- Laman Facebook Rasmi Program Latihan Khidmat Negara
- Talian: 03-4013 3612 / 3613 / 3614 / 3604 / 3603 / 3626
- E-mel: [email protected]