SEMAKAN PELATIH PLKN 2026 : SEMAK STATUS PENGAMBILAN SIRI 1 TAHUN 2026
Semakan Pelatih PLKN 2026 kini dibuka bermula 8 Disember 2026 bagi Siri 1 Tahun 2026 di bawah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Untuk siri pertama tahun hadapan, pemilihan adalah khusus untuk remaja kelahiran tahun 2008, mengikut data yang telah ditetapkan oleh pihak PLKN. Sepanjang tahun 2026, PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam empat (4) siri latihan.
Segala info terperinci telah disediakan di bawah untuk rujukan.

BACA JUGA: PENGAMBILAN PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2026
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 3.0
PLKN 3.0 ialah program latihan yang fokus pada pembinaan disiplin, ketahanan fizikal, semangat cinta negara, dan nilai kenegaraan. Program ini bertujuan melahirkan generasi muda yang berkeyakinan, berdisiplin dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa kini. Dua modul utama disusun berpandukan:
| MODUL | KANDUNGAN |
|---|---|
| Modul Ketenteraan (70%) | Kawad, disiplin, survival, latihan asas tentera |
| Modul Kenegaraan (30%) | Patriotisme, perpaduan, sivik, kesukarelawanan |

SIAPA LAYAK BUAT SEMAKAN PELATIH PLKN 2026?
Kelayakan semakan Siri 1 pelatih PLKN 2026 adalah khusus untuk:
- Remaja kelahiran tahun 2008
- Yang tersenarai dalam sistem PLKN 3.0
- Mempunyai rekod maklumat tepat dalam pangkalan data JPN & PLKN

BILA TARIKH LATIHAN PLKN 2026?
PLKN 3.0 tahun 2026 akan dilaksanakan dalam 4 siri latihan. Rujuk jadual berikut untuk maklumat siri & tarikh latihan akan dijalankan:
| SIRI LATIHAN | TARIKH |
|---|---|
| SIRI 1 | 17 JAN – 3 MAC 2026 |
| SIRI 2 | 25 APR – 8 JUN 2026 |
| SIRI 3 | 11 JUL – 24 OGOS 2026 |
| SIRI 4 | 3 OKT – 16 NOV 2026 |
Tempoh latihan merangkumi lebih kurang 7 minggu dan akan diadakan di kem latihan yang ditetapkan oleh pihak PLKN. Bagi Siri 1, ia melibatkan dua buah kem Askar Wataniah (AW) iaitu Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW), Pekan Pahang. Maklumat lokasi akan diberikan dalam notis pemanggilan calon terpilih.
SEMAKAN PELATIH PLKN 2026
Calon boleh membuat semakan status pelatih PLKN 2026 Siri 1 secara dalam talian. Berikut adalah langkah lengkap semakan:
- Buka laman semakan PLKN
- Masukkan No. MyKad.
- Tekan Semak.
- Paparan akan tunjuk sama ada Layak / Tidak Layak / Senarai Menunggu.

Perhatian:
- Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pentadbiran, pelatih yang terpilih perlu mengesahkan kehadiran melalui sistem ePLKN 3.0 sebelum 25 Disember 2025. Sila klik butang DAFTAR untuk membuat pengesahan kehadiran bagi siri 1/2026.

- Bagi calon simpanan (Siri 1/2026), semakan status akan dibuka semula pada 29 Disember 2025. Tempoh sebagai calon simpanan adalah selama 1 tahun (2026).

- Pihak JLKN akan memaklumkan secara berperingkat mengenai siri-siri latihan PLKN selanjutnya. Para bakal pelatih dinasihatkan untuk memantau pengumuman rasmi JLKN dan menyemak sistem ePLKN secara berkala.
APA MANFAAT PENYERTAAN PLKN 3.0?
Banyak manfaat yang akan diperoleh bagi pelatih yang menyertai PLKN 3.0. Antaranya:
- Meningkatkan semangat patriotisme.
- Memupuk perpaduan dan integrasi masyarakat.
- Melahirkan generasi muda yang cergas dan berdisiplin.
- Memberikan asas ketenteraan dan latihan komuniti.
- Menyediakan laluan kerjaya kepada pelatih berbakat.
- Membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET & industri.
- Menambah merit permohonan kerja sektor awam.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN PELATIH PLKN 2026
PLKN 3.0 adalah program wajib untuk mereka yang dipilih mengikut sistem pemilihan rasmi kerajaan.
Anda boleh memohon penangguhan dengan melampirkan bukti pengajian semasa atau alasan lain yang sah.
Pastikan anda membawa dokumen penting, pakaian yang sesuai, dan peralatan mandi. Anda juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melapor diri.
Peraturan tentang telefon biasanya ketat; semak dengan pihak kem untuk kepastian.
Aktiviti termasuk latihan fizikal, kemahiran hidup, dan pendidikan kewarganegaraan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Pelatih PLKN 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Semakan PLKN: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Laman Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia
- Laman Facebook Rasmi Program Latihan Khidmat Negara
- Talian: 03-4013 3624 /03-4013 3581
- E-mel: [email protected]