SEMAKAN PELATIH PLKN 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 diperkenalkan semula dengan konsep baharu yang lebih moden, tersusun dan memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri belia. PLKN 3.0 menggabungkan latihan ketenteraan asas serta modul kenegaraan bagi melahirkan belia yang patriotik, berdisiplin dan bersatu padu. Mulai tahun 2025, PLKN 3.0 dilaksanakan secara siri dan menerima sambutan menggalakkan daripada lepasan sekolah serta golongan muda. Semakan pelatih PLKN pula disediakan secara online bagi memudahkan orang ramai mengetahui kelayakan masing-masing.
Untuk maklumat penuh, sila rujuk bahagian di bawah.
BACA JUGA: PENGAMBILAN PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2026
APA ITU PLKN 3.0?
PLKN 3.0 ialah program latihan yang menekankan pembinaan disiplin, ketahanan fizikal, semangat patriotisme dan nilai kenegaraan. Latihan disusun berpandukan dua modul utama:
| MODUL | KANDUNGAN |
|---|---|
| Modul Ketenteraan (70%) | Kawad, disiplin, survival, latihan asas tentera |
| Modul Kenegaraan (30%) | Patriotisme, perpaduan, sivik, kesukarelawanan |
PLKN 3.0 bertujuan melahirkan generasi muda yang berkeyakinan, berdisiplin dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa kini.

OBJEKTIF & MANFAAT
Antara manfaat utama PLKN 3.0:
- Meningkatkan semangat patriotisme.
- Memupuk perpaduan dan integrasi masyarakat.
- Melahirkan generasi muda yang cergas dan berdisiplin.
- Memberikan asas ketenteraan dan latihan komuniti.
- Menyediakan laluan kerjaya kepada pelatih berbakat.
- Membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET & industri.
- Menambah merit permohonan kerja sektor awam.

SYARAT KELAYAKAN PELATIH PLKN
Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi melayakkan diri sebagai pelatih PLKN 3.0. Antara syarat-syaratnya adalah:
Syarat umum:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18–35 tahun semasa pendaftaran.
- Sihat fizikal dan mental.
- Tidak pernah menyertai PLKN sebelum ini.
Syarat khusus:
- Lepasan SPM diberi keutamaan.
- Jika tidak dapat hadir selepas SPM, mereka masih layak menyertai sehingga umur 35 tahun mengikut akta.
SEMAKAN PELATIH PLKN
Pelatih PLKN 2025 telah berjaya menamatkan latihan. Bagi bakal pelatih baru untuk 2026, calon bagi daftar kelahiran tahun 2008 boleh membuat semakan status PLKN 2026 Siri 1 bermula 8 Disember 2025 secara dalam talian. Berikut adalah langkah lengkap semakan:
- Buka laman semakan PLKN
- Masukkan No. MyKad.
- Tekan Semak.
- Paparan akan tunjuk sama ada Layak / Tidak Layak / Senarai Menunggu.

Perhatian:
- Untuk pastikan proses pendaftaran dan pentadbiran lancar, pelatih yang terpilih perlu mengesahkan kehadiran melalui sistem ePLKN 3.0 sebelum 25 Disember 2025. Klik butang DAFTAR untuk pengesahan kehadiran bagi siri 1/2026.

- Bagi calon simpanan (Siri 1/2026), semakan status akan dibuka semula pada 29 Disember 2025. Tempoh sebagai calon simpanan adalah selama 1 tahun (2026).

- Pihak JLKN akan mengumumkan siri latihan PLKN selanjutnya secara berperingkat. Bakal pelatih dinasihatkan memantau pengumuman rasmi JLKN dan cek sistem ePLKN secara berkala untuk update terbaru.
BERAPA JUMLAH PENYERTAAN PELATIH PLKN 2025?
PLKN 3.0 menerima sambutan baik dengan 1,202 pelatih menyertai siri latihan pada tahun 2025:
| SIRI | JUMLAH PELATIH |
|---|---|
| SIRI 1 | 116 |
| SIRI 2 | 444 |
| SIRI 3 | 642 |
Peningkatan jumlah peserta setiap siri menunjukkan penerimaan positif golongan belia dan keyakinan terhadap keberkesanan program ini.

PLKN 2026 APA YANG BERUBAH?
Tahun 2026 pula akan menyaksikan penglibatan 100,000 peserta, merangkumi 70,000 pelajar IPT dan selebihnya orang awam melalui Kem Wataniah.
- Program berskala lebih besar.
- Pelaksanaan wajib untuk kategori tertentu.
- Lebih banyak kem latihan dibuka.
- Penekanan kepada modul TVET & kerjaya beruniform.
- PLKN 3.0 tahun 2026 akan dilaksanakan dalam empat (4) siri latihan.
| SIRI LATIHAN | TARIKH |
|---|---|
| SIRI 1 | 17 JAN – 3 MAC 2026 |
| SIRI 2 | 25 APR – 8 JUN 2026 |
| SIRI 3 | 11 JUL – 24 OGOS 2026 |
| SIRI 4 | 3 OKT – 16 NOV 2026 |

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, selagi umur masih dalam lingkungan 18–35 tahun.
Tiada. Semua semakan pelatih PLKN dibuat secara online.
Tidak. Lokasi ditentukan sepenuhnya oleh pihak PLKN.
Bergantung kepada justifikasi dan dokumen sokongan majikan.
Latihan dikawal selia dan disesuaikan mengikut piawaian keselamatan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Pelatih PLKN ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Semakan PLKN: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Laman Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia
- Laman Facebook Rasmi Program Latihan Khidmat Negara
- Talian: 03-4013 3624 /03-4013 3581
- E-mel: [email protected]