PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS 2026 KINI DIBUKA

PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS 2026 KINI DIBUKA

Bantuan Persekolahan MAINS 2026 merupakan inisiatif oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk membantu meringankan kos awal persekolahan anak-anak keluarga asnaf dan yang berkelayakan. Bantuan ini dibuka setiap tahun dan boleh dimohon secara atas talian mengikut syarat serta tempoh permohonan yang ditetapkan.

Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, cara permohonan dan tarikh penting berkaitan Bantuan Persekolahan MAINS 2026.

BACA JUGA: BANTUAN ANAK SEKOLAH 2026

APA ITU BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS?

Bantuan Persekolahan MAINS ialah bantuan kewangan khas yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Negeri Sembilan bagi menampung perbelanjaan awal persekolahan. Ia bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah agar anak-anak tidak terbeban dengan kos keperluan asas sebelum sesi persekolahan bermula.

APA ITU BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan Bantuan Persekolahan MAINS boleh dibuat sekiranya pemohon memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan sehingga kini.
  • Ada anak yang berumur dari 6 tahun hingga 17 tahun sama ada yang bersekolah dalam arus perdana atau bukan arus perdana.
  • Boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke atas yang bersekolah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,329 sebulan dan tertakluk pada jumlah tanggungan yang bersekolah.

BILA TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS DIBUKA?

Tarikh permohonan Bantuan Persekolahan MAINS dibuka pada akhir tahun sehingga awal tahun berikutnya seperti butiran di bawah:

TARIKH PERMOHONAN
2 DISEMBER 2025 sehingga 28 FEBRUARI 2026

PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS

Terdapat 2 cara permohonan utama iaitu permohonan secara online melalui portal MAINS atau melalui aplikasi Sistem Permohonan Bantuan MAINS. Berikut langkah penuh permohonan Bantuan Persekolahan MAINS 2026:

PORTAL RASMI MAINS

  1. Layari portal rasmi MAINS: https://www.mains.gov.my/agihan/
  2. Pilih kategori Bantuan Persekolahan.
  3. Klik MOHON SEKARANG.
  4. Isi borang permohonan secara lengkap.
  5. Muat naik dokumen sokongan seperti:
    • MyKad Pemohon
    • MyKad Pasangan
    • Sijil Kelahiran/MyKad Tanggungan Pemohon
    • Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian (Jika berkenaan)
    • Surat Mahkamah/Bukti Jagaan Anak (Jika berkenaan)
    • Slip Gaji/Borang Pengesahan Pendapatan Pemohon dan Pasangan Terkini
    • Surat Pengesahan Permastautin (Terkini)
    • Akaun Bank (Sekiranya pemohon muflis, sila lampirkan akaun bank pasangan atau anak)
    • Borang Pengesahan Sekolah
    • Bil Air/Elektrik Tempat Tinggal Pemohon (Terkini)
  6. Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan.
  7. Semakan keputusan boleh dibuat melalui portal yang sama atau mengikut kaedah yang dimaklumkan MAINS.

Perhatian: Sila muat naik dokumen asal dalam bentuk PDF (tidak melebihi 2MB).

PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS

APLIKASI SISTEM PERMOHONAN BANTUAN MAINS

  • Pemohon boleh muat turun aplikasi Sistem Bantuan Pendidikan MAINS (E-SPBM) di Google Play Store (bagi pengguna Android sahaja).
PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS

SOALAN LAZIM (FAQ)

Jika saya ada lebih daripada seorang anak, bolehkah mohon untuk semua?

Ya, permohonan boleh dibuat untuk setiap anak yang bersekolah dan memenuhi syarat.

Adakah bantuan ini diberi setiap bulan atau sekali sahaja?

Bantuan persekolahan MAINS diberikan sekali setahun sahaja.

Jika permohonan tahun lalu tidak lulus, boleh mohon semula tahun ini?

Ya, permohonan baharu tetap dibenarkan.

Adakah bantuan disalurkan ke akaun ibu bapa atau anak?

Selalunya disalurkan ke akaun ibu bapa/penjaga yang didaftarkan semasa permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Bantuan Persekolahan MAINS ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan Negeri Sembilan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal rasmi MAINS: https://www.mains.gov.my/agihan/
  • E-mel: [email protected]
  • Talian WhatsApp: 019-811 4578
  • Talian Pejabat: 06-765 1402

Leave a Comment