PERMOHONAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2026 BAGI PEGAWAI ATM (ANGKATAN TETAP) DIBUKA

PERMOHONAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2026 BAGI PEGAWAI ATM (ANGKATAN TETAP) DIBUKA

Permohonan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Pegawai ATM (Angkatan Tetap) iaitu Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (PKLI) dan Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas Kor Kesihatan Diraja (Peg STI KKD) kini dibuka bagi sesi pengambilan tahun 2026. ATM mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda untuk menyertai perkhidmatan tetap dalam ketiga-tiga cabang utama; Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Segala butiran lengkap tentang permohonan Angkatan Tentera Malaysia telah disusun di bawah.

BACA JUGA: PENGAMBILAN PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM

APA SYARAT KELAYAKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA?

Calon perlu memenuhi syarat am & syarat akademik yang ditetapkan ATM untuk melayakkan permohonan menyertai Angkatan Tentera Malaysia diproses. Perinciannya seperti dalam jadual berikut:

SYARAT AM

KATEGORIBUTIRAN
KewarganegaraanWarganegara Malaysia
JantinaLelaki & Wanita
Tinggi MinimumLelaki: 162 cm
Wanita: 157 cm
BMI18.0 – 25.9
Had Umur (1 September 2026)PKLI: Tidak melebihi 27 tahun
Peg STI KKD: Tidak melebihi 30 tahun

SYARAT AKADEMIK (PKLI & Peg STI KKD)

A. PKLI

KEPERLUANBUTIRAN
SPMLulus dengan kepujian Bahasa Melayu (Lisan & Bertulis)
IjazahIjazah Sarjana Muda diiktiraf MQA atau kelayakan setara

B. Pegawai STI KKD

KEPERLUANBUTIRAN
SPMKepujian Bahasa Melayu & lulus Ujian Lisan
IjazahIjazah Sarjana Muda diiktiraf MQA dalam bidang kesihatan
Pendaftaran ProfesionalTamat housemanship & berdaftar penuh dengan:
– Majlis Perubatan Malaysia
– Majlis Pergigian Malaysia
– Lembaga Farmasi Malaysia (mengikut bidang)
APA SYARAT KELAYAKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BILA TARIKH PERMOHONAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DIBUKA?

Permohonan bagi jawatan Pegawai ATM (Angkatan Tetap) dibuka mengikut maklumat berikut:

TARIKH PERMOHONAN
26 NOVEMBER 2025 – 13 MAC 2026

Perhatian: Calon digalakkan membuat permohonan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan sebelum tarikh tutup.

BILA TARIKH PERMOHONAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DIBUKA

PERMOHONAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Permohonan Angkatan Tentera Malaysia boleh dibuat secara dalam talian di pautan rasmi. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari portal permohonan rasmi ATM: https://jmt.mod.gov.my/index.php
  2. Imbas QR code (jika menggunakan poster rasmi).
  3. Daftar akaun atau log masuk ke sistem.
  4. Isi maklumat peribadi, akademik dan kesihatan.
  5. Muat naik dokumen yang diminta.
  6. Hantar permohonan & simpan nombor rujukan.
  7. Semak status panggilan ujian/temuduga secara berkala.
PERMOHONAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

TAWARAN LANTIKAN

Calon yang melepasi tapisan permohonan dan ujian Angkatan Tentera Malaysia akan ditawarkan:

  • Lantikan sebagai Pegawai Kadet (PKLI) atau Peg STI KKD
  • Latihan asas ketenteraan
  • Gaji dan elaun mengikut skim perkhidmatan ATM
  • Kemudahan kebajikan, perubatan dan kemudahan anggota
  • Laluan kerjaya, kenaikan pangkat dan penugasan profesional mengikut cabang perkhidmatan

DI MANA LOKASI PENEMPATAN ATM?

Calon yang berjaya akan ditempatkan di mana-mana cabang perkhidmatan berikut mengikut keperluan ATM:

  • Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Pusat latihan, pangkalan dan markas seluruh negara

*Penempatan adalah tertakluk kepada keperluan operasi semasa.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Dokumen apa yang perlu disediakan semasa memohon?

Pemohon perlu menyediakan salinan kad pengenalan, sijil SPM, transkrip ijazah, sijil ijazah, serta dokumen berkaitan pendaftaran profesional (bagi Peg STI KKD).

Adakah perlu menjalani ujian fizikal?

Ya. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian saringan fizikal, kesihatan dan penilaian ketenteraan sebelum temuduga akhir.

Adakah semua ijazah diterima untuk permohonan PKLI?

Ya, selagi ijazah tersebut diiktiraf MQA atau setara. Untuk kategori STI KKD, ijazah mestilah dalam bidang kesihatan mengikut keperluan ATM.

Bila keputusan permohonan akan diumumkan?

Tiada tarikh tetap. Calon boleh menyemak status melalui portal permohonan atau menunggu notifikasi panggilan saringan daripada pihak ATM.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Angkatan Tentera Malaysia ini disediakan untuk memudahkan calon mendapatkan rujukan awal. Artikel ini disusun berdasarkan sumber rasmi dan maklumat sahih yang diterbitkan oleh pihak ATM semasa penulisan. Sebarang perubahan tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, calon disarankan merujuk terus kepada saluran rasmi seperti berikut:

  • Portal Permohonan Rasmi ATM: https://jmt.mod.gov.my/index.php
  • E-mel: [email protected]
  • Hubungi talian berikut (waktu bekerja):
    • No. Pej: 03-40131424/ 03-40131425
    • No. Hp: 011-65504585 (Whatsapp)

Leave a Comment