BANTUAN BINGKAS SELANGOR : KELAYAKAN TAMBAHAN RM300 SEBULAN BERMULA JULAI 2026
Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup. Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang layak akan menerima kredit bulanan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya atau kedai terpilih.
Kelayakan tambahan bagi BINGKAS 3.0 diperkenalkan untuk fasa baharu yang bermula Julai 2026 dimana anak yang menanggung ibu bapa warga emas juga layak terima RM300 sebulan.
BACA JUGA: BANTUAN ANAK SELANGOR 2025
KELEBIHAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR
Program BINGKAS memberi kemudahan kewangan kepada keluarga di Selangor bagi menampung perbelanjaan harian. Antara manfaat utama program ini termasuk:
- Bantuan kredit bulanan sebanyak RM300 setiap bulan.
- Pembelian boleh dibuat di lebih 1,000 premis rakan niaga terpilih seluruh Selangor.
- Penggunaan mudah melalui aplikasi SELANGKAH.
- Membantu keluarga membeli barangan asas.
APA SYARAT KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR?
Untuk melayakkan diri memohon Bantuan BINGKAS Selangor, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemohon merupakan ketua keluarga berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya dua (2) orang anak.
- Mempunyai tanggungan ibu/bapa warga emas.
- Tidak menerima sebarang bantuan lain daripada kerajaan negeri Selangor atau agensi persekutuan yang serupa.
CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR
Permohonan baharu Bantuan BINGKAS Selangor boleh dibuat sepenuhnya secara atas talian melalui portal rasmi. Rujuk perincian di bawah:
Langkah Permohonan:
- Layari portal rasmi BINGKAS Selangor: https://bingkasselangor.com/
- Klik butang “Daftar Permohonan Baharu”.
- Isi maklumat peribadi, keluarga, dan pendapatan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan sijil lahir anak.
- Bil utiliti (bukti alamat Selangor).
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan.


SEMAKAN STATUS BANTUAN BINGKAS SELANGOR
Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka melalui portal rasmi BINGKAS atau aplikasi Selangkah App dengan langkah berikut:
SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI
- Layari portal rasmi BINGKAS: https://bingkasselangor.com/.
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
- Status akan dipaparkan sama ada “LULUS”, “DALAM PROSES” atau “TIDAK LAYAK”.
BAGAIMANA CARA AKTIFKAN AKAUN BINGKAS MELALUI APLIKASI SELANGKAH?
Bagi penerima yang lulus, pengaktifan akaun dilakukan melalui aplikasi SELANGKAH. Langkah lengkap pengaktifan akaun BINGKAS melalui aplikasi SELANGKAH adalah seperti berikut:
- Muat turun aplikasi SELANGKAH di Google Play atau App Store.
- Daftar akaun menggunakan nombor telefon dan kad pengenalan.
- Pilih menu “Dompet BINGKAS”.
- Ikuti arahan untuk aktifkan akaun dan semak baki kredit RM300.
- Gunakan aplikasi untuk membuat pembayaran tanpa tunai di kedai rakan niaga terpilih.

SENARAI BARANGAN & PANEL KEDAI
Penerima Bantuan BINGKAS Selangor boleh menggunakan kredit RM300 setiap bulan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai panel berdaftar seluruh Selangor.
Semua transaksi dibuat tanpa tunai menggunakan aplikasi SELANGKAH.
Jenis Barangan Yang Dibenarkan
Antara kategori barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit BINGKAS ialah:
- Barangan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak, susu, roti, dan telur.
- Produk segar seperti sayur, buah-buahan, ayam, ikan, dan daging.
- Keperluan bayi: susu formula, lampin pakai buang, tisu basah, dan sabun bayi.
- Keperluan isi rumah asas: sabun, pencuci pakaian, detergen, dan ubat gigi.
- Barangan dapur dan keperluan harian yang bersifat keperluan asas (bukan mewah).

Senarai Panel Kedai / Rakan Niaga BINGKAS
Kredit BINGKAS boleh digunakan di lebih 1,000 kedai panel berdaftar di seluruh negeri Selangor.
Antara rakan niaga utama ialah:
- Pasaraya Econsave
- 99 Speedmart
- Mydin
- Segi Fresh
- Hero Market
- Pasar Mini tempatan berdaftar dengan program BINGKAS
*Untuk senarai penuh dan lokasi terkini panel kedai, pemohon boleh:
- Layari laman rasmi: https://bingkasselangor.com/panel-kedai
- Semak terus dalam aplikasi SELANGKAH di bahagian “Rakan Niaga BINGKAS”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Semua permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui portal rasmi.
Ya, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen tambahan yang relevan.
Tempoh semakan sekitar 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan dihantar.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan BINGKAS Selangor ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi BINGKAS: https://bingkasselangor.com/
- Talian Bantuan BINGKAS: 1800-22-6600
- E-mel: [email protected]