STR 2025 SEMAKAN FASA 4 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Semakan STR 2025 Fasa 4 kini dibuka untuk penerima yang ingin mengetahui status kelayakan dan jumlah bayaran terkini. Melalui portal rasmi MySTR, rakyat boleh menyemak sama ada mereka layak menerima bantuan di bawah fasa terakhir tahun ini.
Proses semakan STR 2025 ini penting bagi memastikan semua penerima mendapat manfaat yang diumumkan kerajaan.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Supaya bantuan STR 2025 sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan, terdapat syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi mengikut kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Semak butiran syarat di bawah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Makluman: Pemohon bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPT tidak boleh membuat permohonan secara individu. Mereka perlu dimasukkan dalam permohonan isi rumah sebagai tanggungan.
BILA TARIKH BAYARAN STR 2025?
STR Fasa 4 2025 akan dikreditkan lebih awal mulai 18 Oktober 2025, bersempena sambutan Deepavali, seperti diumumkan kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2026. Semak jadual di bawah untuk maklumat tarikh setiap fasa bayaran:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 22-28 JANUARI |
FASA 2 | 24 MAC |
FASA 3 | 12 OGOS |
FASA 4 | 18 OKTOBER |

BAGAIMANA CARA STR 2025 DIBAYAR?
Bagi STR Fasa 4 2025, cara bayaran bergantung pada penerima sama ada terus masuk akaun bank atau ada juga yang boleh ambil tunai di BSN. Butiran penuh ada di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR YANG DISALURKAN?
Jumlah bayaran STR Fasa 4 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima, iaitu dari RM150 hingga RM700. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat lanjut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
>5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
>5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
STR 2025 SEMAKAN
Untuk semakan STR Fasa 4 2025, layari portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk akaun MySTR. Pilih menu Semakan Status untuk semak bayaran bagi STR Fasa 4 2025. Jika ada sebarang masalah, hubungi BKK di talian 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Langkah daftar akaun MySTR baru bagi penerima sedia ada untuk memastikan maklumat dikemaskini adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025 SEMAKAN
Kerana ia bantu ringankan kos sara hidup, terutamanya bagi isi rumah berpendapatan rendah yang terkesan dengan harga barang meningkat.
Pesara pun boleh layak, asalkan pendapatan mereka dalam julat kelayakan yang ditetapkan.
Ya, bagi penerima sedia ada yang lulus, bayaran akan dikredit secara automatik tanpa perlu mohon semula.
Disarankan kemas kini supaya surat makluman atau notis sampai ke alamat betul.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR 2025 Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/