i-SEJAHTERA SEMAKAN : (2025) SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 & RM200 SETAHUN

i-SEJAHTERA SEMAKAN : (2025) SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 & RM200 SETAHUN

Bantuan i-Sejahtera merupakan inisiatif kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu golongan tertentu yang memerlukan. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM100 atau RM200 setahun bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Antara penerima yang berhak termasuk warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), suri rumah, serta pemandu teksi dan bas sekolah. Tujuan utama bantuan i-Sejahtera adalah untuk meringankan beban kewangan, meningkatkan kesejahteraan hidup, dan menghargai sumbangan golongan terbabit kepada masyarakat.

Dengan adanya kemudahan semakan status penerima i-Sejahtera secara atas talian, rakyat Pulau Pinang dapat mengetahui kelayakan serta tarikh bayaran bantuan yang disalurkan setiap tahun. Ikuti artikel ini untuk info lebih lanjut.

BACA JUGA: CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN I-SEJAHTERA 2025

KATEGORI PROGRAM i-SEJAHTERA

Terdapat beberapa kategori program bantuan i-Sejahtera yang telah disediakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan boleh dimohon pada tahun 2025 seperti butiran di bawah:

KATEGORI PROGRAM i-SEJAHTERA
  1. Program Penghargaan Warga Emas
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal
  3. Program Suri Emas
  4. Program Bantuan OKU
  5. Program Anak Emas
  6. Program Bantuan Teksi Dan Bas Sekolah

SYARAT KELAYAKAN i-SEJAHTERA 2025

Ada beberapa syarat kelayakan Bantuan i-Sejahtera mengikut kategori permohonan. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di Pulau Pinang, kecuali untuk program OKU yang hanya perlu menetap di negeri tersebut .
  • Setiap program mempunyai syarat lanjut yang perlu dipenuhi mengikut butiran berikut:

PENGHARGAAN WARGA EMAS

  • Pemohon berumur 60 tahun ke atas semasa mendaftar.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Klik di sini untuk Semakan Daftar Pemilih.
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Kad Pengenalan Waris.
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

BANTUAN IBU TUNGGAL

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Klik di sini untuk Semakan Daftar Pemilih.
  • Bercerai atau kematian suami
  • Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
  • Tidak berkahwin semula.
  • Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
    • Sijil Kelahiran salah seorang anak.
    • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
    • Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

SURI EMAS (SURI RUMAH)

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Klik di sini untuk Semakan Daftar Pemilih.
  • Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap.
  • Wanita masih berumahtangga.
  • Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Kad Pengenalan Suami.
    • Salinan Sijil Perkahwinan.
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

BANTUAN OKU

  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap di Negeri Pulau Pinang.
  • Pemohon mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja).
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Kad Pengenalan Waris.
    • Salinan Kad Pendaftaran OKU.
    • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon/waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.

ANAK EMAS (BARU LAHIR)

  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
  • Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Klik di sini untuk Semakan Daftar Pemilih.
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Sijil Kelahiran anak.
    • Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
    • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

BANTUAN TEKSI DAN BAS SEKOLAH

INSENTIF TEKSI

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Klik di sini untuk Semakan Daftar Pemilih.
  • Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
  • Memiliki Kad Pemandu (Teksi/Kereta Sewa/Teksi Lapangan Terbang/Limosin/Teksi Mewah).
  • Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja.
  • Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
    • Salinan Kad Pemandu (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif).
    • Maklumat Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).

(Sila Muatnaik Dokumen Secara Atas Talian)

INSENTIF BAS SEKOLAH

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Klik di sini untuk Semakan Daftar Pemilih.
  • Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
  • Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku.
  • Menjalankan perkhidmatan bas sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja.
  • Pemohon individu/syarikat hanya layak memohon maksimum dua (2) permit bas sekolah sahaja.
  • Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
    • Salinan Permit Bas Sekolah (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
    • Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif).
    • Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat.
    • Maklumat Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
  • Maklumat Caruman SOCSO (sekiranya pemilik atau bekerja dengan majikan).

(Sila Muatnaik Dokumen Secara Atas Talian)

CARA PERMOHONAN i-SEJAHTERA

Individu yang memenuhi kelayakan boleh membuat permohonan di laman rasmi i-Sejahtera mengikut panduan berikut:

LOGIN CARA PERMOHONAN i-SEJAHTERA
  1. Layari portal rasmi i-Sejahtera di isejahtera.penang.gov.my
  2. Pilih menu Permohonan Baru dan klik pada kategori bantuan yang ingin dipohon.
  3. Daftar akaun (bagi pemohon baharu) atau log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Lengkapkan maklumat peribadi, isi borang permohonan mengikut kategori bantuan, dan muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil kelahiran, atau dokumen berkaitan status kelayakan.
  5. Hantar permohonan secara dalam talian, kemudian cetak borang permohonan.
  6. Serahkan borang cetakan bersama dokumen sokongan ke Pusat Khidmat ADUN, Pejabat Daerah atau lokasi yang ditetapkan untuk proses pengesahan.

CARA BAYARAN i-SEJAHTERA

  • Bantuan i-SEJAHTERA akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang berdaftar semasa permohonan.
  • Pastikan nombor akaun yang diberikan adalah aktif dan atas nama pemohon.
  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pengambilan tunai boleh dilakukan di lokasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri, mengikut arahan dan tarikh yang akan diumumkan.

JUMLAH BANTUAN i-SEJAHTERA

Penerima yang layak akan menerima jumlah sumbangan yang berbeza mengikut kategori permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori bantuan dan jumlah sumbangan yang akan diperoleh:

KATEGORI BANTUANJUMLAH SUMBANGAN
WARGA EMASRM200 SETAHUN
IBU TUNGGALRM100 SETAHUN
SURI EMASRM100 SETAHUN
OKURM200 SETAHUN
ANAK EMASRM200 SEKALI BERI
PEMANDU TEKSI/BAS SEKOLAHINSENTIF KHAS
(TERTAKLUK PADA PENGUMUMAN)

TARIKH BAYARAN i-SEJAHTERA 2025

Pembayaran bantuan i-Sejahtera secara berperingkat yang terbahagi kepada 2 fasa seperti jadual di bawah:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 12 MAC 2025
FASA 2BERMULA 6 OGOS 2025
  • Pembayaran seterusnya akan mengikut jadual tahunan yang akan diumumkan oleh kerajaan negeri, biasanya selepas tempoh permohonan ditutup.

i-SEJAHTERA SEMAKAN

Penerima yang layak boleh membuat semakan status secara online di laman rasmi i-Sejahtera mengikut langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi i-Sejahtera dan klik menu Semakan Status.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Paparan status akan menunjukkan sama ada permohonan anda sedang diproses, diluluskan, atau memerlukan maklumat tambahan.
  4. Jika permohonan tidak lulus, pemohon boleh membuat rayuan atau menghantar semula dokumen sokongan yang diperlukan.

RUJUKAN

Panduan bagi i-Sejahtera Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment