SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah inisiatif bantuan bersasar oleh kerajaan Malaysia untuk membantu Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar dengan memberi potongan terus sehingga Rm40 setiap bulan ke dalam bil elektrik domestik mereka secara automatik. Inisiatif ini dirancang untuk mengurangkan beban bil elektrik dan memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memenuhi keperluan asas.
Bagaimanakah cara buat semakan status layak atau tidak terima rebat bil elektrik Rm40 ini? Ikuti panduan lengkap yang disediakan selanjutnya di bawah.
BACA JUGA: PANDUAN TERKINI CARA KIRA BIL TNB (2025)
APA ITU PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40?
Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah bantuan kerajaan yang mula diperkenalkan dalam Ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, sebagai pengganti kepada Program Rebat RM20 yang telah tamat pada Disember 2018. Bagi tahun 2025, program ini diteruskan khusus untuk membantu golongan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih. Bantuan ini disasarkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang dikenal pasti sebagai miskin tegar di bawah pemantauan Jabatan Perdana Menteri.
Menerusi program ini, kerajaan menampung bayaran bil elektrik sehingga RM40 sebulan bagi akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau syarikat pembekal lain yang berdaftar. Sekiranya jumlah penggunaan elektrik bulanan melebihi RM40, pengguna hanya perlu membayar baki selebihnya sahaja. Tujuannya adalah untuk meringankan beban kos utiliti asas dan memastikan akses berterusan kepada bekalan elektrik.

KELAYAKAN PENERIMA REBAT BIL ELEKTRIK
Pengguna perlu memenuhi 2 syarat utama bagi menikmati rebat bil elektrik ini:
- BERSTATUS MISKIN TEGAR;
- Kelayakan sebagai miskin tegar ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Untuk rujukan, pendapatan purata bulanan nasional bagi kategori miskin tegar adalah RM1,198.
- BERDAFTAR DALAM SISTEM eKasih;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih dan adalah layak menerima Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi tahun 2025.
- Bagi individu yang ingin mendaftar dalam program eKasih, mereka perlu berhubung dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) di peringkat negeri atau Unit Pembangunan Daerah (UPD). Data eKasih dikumpulkan melalui proses kaji selidik dan pendaftaran dibuat oleh pejabat PPPN / JPP UPP JPM di peringkat negeri.
SYARAT REBAT BIL ELEKTRIK RM40
- Setiap KIR hanya layak untuk satu akaun bil elektrik di bawah tarif Domestik A. Rebat ini meliputi semua caj bil, termasuk denda lewat bayar.
- Bagi KIR yang mempunyai akaun TNB (Tarif Domestik A), rebat akan dimasukkan secara automatik ke dalam bil bulanan.
- Bagi yang tiada akaun TNB sendiri atau menyewa rumah, permohonan untuk rebat melalui akaun pihak ketiga boleh dibuat di Kedai Tenaga dengan menghantar borang permohonan melalui laman [https://semakanrebat.petra.gov.my/].
- Penerima juga boleh kemas kini nombor akaun elektrik dari semasa ke semasa dengan menghubungi TNB Careline atau hadir ke Kedai Tenaga berhampiran.
KRITERIA REBAT BIL ELEKTRIK RM40
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan sehingga 31 Disember 2025.
- Rebat ini hanya diberikan maksimum RM40 sebulan. Jika bil kurang RM40, baki tidak dibawa ke bulan berikutnya, dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu bayar lebihan tersebut.
SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK
Pengguna yang layak boleh membuat semakan melalui 2 cara yang mudah sahaja. Berikut disertakan cara semakan dan langkah lengkapnya:
1) SEMAKAN SECARA DALAM TALIAN

- Layari Portal Rasmi Rebat Elektrik RM40: https://semakanrebat.petra.gov.my
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor Kad Pengenalan (IC) Ketua Isi Rumah (KIR)
- Klik “Semak” atau “Hantar”
- Paparan status kelayakan akan dipaparkan, sama ada:
- Lulus / Layak menerima rebat
- Tidak layak (jika tiada dalam senarai eKasih kategori miskin tegar)
2) SEMAKAN SECARA FIZIKAL
- Anda boleh pergi ke Kedai Tenaga TNB (atau SESB di Sabah, SEB di Sarawak) untuk membuat semakan secara bersemuka.
- Bawa bersama Kad Pengenalan KIR dan bil elektrik sebagai rujukan.
- Pegawai di situ boleh bantu semak status kelayakan, kemaskini nombor akaun, atau memproses permohonan pengesahan akaun pihak ketiga jika perlu.
*Borang Kemaskini Maklumat Bil Akaun Elektrik boleh dimuat turun di sini:
KESIMPULAN
Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan salah satu inisiatif prihatin kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat. Bagi individu atau keluarga yang masih belum mendapat manfaat ini, penting untuk menyemak status kelayakan melalui portal rasmi atau berurusan dengan pihak berkaitan untuk pendaftaran eKasih. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rebat ini kerana setiap bantuan yang disediakan kerajaan, walaupun kecil, mampu memberi impak besar dalam kehidupan seharian terutamanya bagi mereka yang benar-benar memerlukan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Rebat Bil Elektrik ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Semakan Rebat Elektrik RM40: https://semakanrebat.petra.gov.my
- Laman Rasmi TNB (Tenaga Nasional Berhad): https://www.tnb.com.my
- TNB Careline: 1-300-88-5454
- Email TNB: [email protected]
- Hotline MyGCC: 03-8000 8000
- Portal eKasih (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU JPM): https://www.icu.gov.my/ekasih