BANTUAN 100 DALAM MYKAD : (ONE OFF 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN 100 DALAM MYKAD : (ONE OFF 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Terbaharu, Perdana Menteri Malaysia dalam satu pengumuman rasmi telah menyatakan penghargaan kepada rakyat atas ketabahan dan semangat yang ditunjukkan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Seiring dengan itu, kerajaan memperkenalkan Bantuan One-Off RM100 yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan ini bertujuan untuk membantu pembelian barangan asas harian di lebih 4100 kedai dan pasar raya terpilih. Inisiatif ini bukan sahaja mempercepatkan akses bantuan, malah memudahkan urusan tanpa perlu pengeluaran tunai.

Bagaimanakah cara membuat semakan kelayakan bagi penerima bantuan 100 dalam MyKad? Ikuti kupasan lanjut info lengkap yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: CHECK BANTUAN TAMBAHAN SARA TERKINI RM100

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 100 DALAM MYKAD

Bantuan RM100 ini terbuka kepada semua individu dewasa yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

  • Semua individu berumur 18 tahun ke atas layak menerima bantuan tambahan RM100 dalam MyKad masing-masing, tanpa mengira kategori – termasuk isi rumah, warga emas, dan bujang.
  • Bagi ahli tanggungan isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas, mereka juga tetap layak menerima RM100 seorang.
  • Contohnya: Suami (RM100), Isteri (RM100), dan anak yang sedang menuntut di IPT (RM100).

TARIKH BAYARAN BANTUAN 100

Pembayaran bantuan tambahan RM100 secara one-off dijadualkan mula disalurkan berdasarkan maklumat berikut:

TARIKH BAYARAN BANTUAN 100
  • Mulai 31 Ogos 2025, penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas sehingga bantuan ini tamat pada 31 Disember 2025.

CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD

Penerima bantuan boleh merujuk kepada panduan di bawah untuk menggunakan bantuan tambahan RM100 yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

  • Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  • Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
  • Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  • Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  • Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  • Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

BANTUAN 100 DALAM MYKAD SEMAKAN

Penerima yang layak boleh menyemak bantuan mereka melalui dua saluran digital rasmi. Di bawah ini disertakan langkah semakan dan pautan portal:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYSTR

LOGIN BANTUAN 100 DALAM MYKAD SEMAKAN
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH

LOGIN BANTUAN 100 DALAM MYKAD SEMAKAN
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan 100 Dalam Mykad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment