BANTUAN ANAK SELANGOR 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK? PANDUAN PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS

BANTUAN ANAK SELANGOR 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK? PANDUAN PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS

Kerajaan Selangor sentiasa berusaha membantu rakyat dengan pelbagai cara, termasuk Bantuan Anak Selangor 2025. Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga serta memastikan anak-anak mendapat pendidikan dan kebajikan yang sewajarnya. Antara program yang ditawarkan ialah Iltizam Anak Selangor (ANAS), TAWAS, ANIS, Asuh Pintar, BINGKAS, dan bantuan pendidikan lain yang memberi sokongan kewangan kepada keluarga yang layak.

Artikel ini menyediakan panduan lengkap tentang cara memohon, syarat kelayakan, dan cara menyemak status Bantuan Anak Selangor 2025. Maklumat ini diperoleh daripada laman web rasmi kerajaan negeri dan agensi yang terlibat.

Baca Juga : Semak eKasih 2025

SENARAI BANTUAN ANAK SELANGOR 2025

  • Iltizam Anak Selangor (ANAS)
  • Program simpanan pendidikan untuk bayi yang lahir di Selangor mulai tahun 2022.
  • Simpanan RM100 setiap tahun selama 5 tahun melalui SSPN Prime.
  • Pendaftaran dibuka secara online di https://anas.yawas.com.my/ sehingga kuota penuh.
  • Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
  • Simpanan pendidikan untuk anak-anak Selangor yang lahir dan didaftarkan sebelum umur 3 tahun.
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila anak mencapai umur 18 tahun.
  • Layari laman portal rasmi YAWAS
  • Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)
  • Bantuan one-off RM1,000 – RM5,000 untuk keluarga yang mempunyai anak OKU, bertujuan untuk membantu dari segi pendidikan, terapi, dan peralatan.
  • Permohonan ANIS biasanya dibuka pada tempoh tertentu setiap tahun.
  • Layari portal rasmi ANIS
  • Skim Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar)
  • Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
  • e-Wallet RM300 sebulan untuk membeli barangan keperluan asas bagi keluarga B40/M40 yang mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak di bawah umur 18 tahun.
  • Permohonan dibuat melalui aplikasi SELangkah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ANAK SELANGOR 2025

Syarat kelayakan berbeza mengikut program, tetapi secara umumnya termasuk :

  • Warganegara Malaysia dan lahir/tinggal di Selangor.
  • Ibu bapa/penjaga adalah pengundi di Selangor.
  • Pendapatan isi rumah mengikut syarat program (contoh: B40 untuk Asuh Pintar, BINGKAS).
  • Untuk ANIS, perlu pengesahan status OKU anak.
  • Dokumen sokongan seperti MyKid/MyKad, sijil kelahiran, slip gaji/pengesahan pendapatan, bil utiliti, dan salinan kad pengundi diperlukan.

CARA MEMOHON BANTUAN ANAK SELANGOR 2025

  • Langkah 1 : Semak syarat kelayakan di laman web rasmi program yang ingin dipohon.
  • Langkah 2 : Daftar secara online di laman web rasmi seperti ANAS, ANIS, BINGKAS, atau mohon secara manual di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN jika perlu.
  • Langkah 3 : Sediakan dokumen sokongan yang lengkap dan muat naik semasa permohonan.
  • Langkah 4 : Simpan salinan permohonan sebagai rujukan.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN ANAK SELANGOR

  1. Semak melalui laman web rasmi setiap program (pautan di atas).
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anak/pemohon.
  3. Status permohonan akan dipaparkan jika sudah diproses.
  4. Hubungi Pusat Khidmat ADUN atau YAWAS untuk mendapatkan maklumat terkini.

KEBAIKAN BANTUAN ANAK SELANGOR 2025

  • Mengurangkan beban kewangan keluarga, terutamanya golongan B40 dan M40.
  • Membantu pendidikan anak-anak dari kecil hingga ke pengajian tinggi.
  • Menyediakan perlindungan masa depan melalui skim simpanan dan takaful.
  • Menyokong anak-anak OKU untuk mendapatkan akses kepada terapi dan pendidikan khas.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Saya tinggal di Selangor tetapi lahir di negeri lain, bolehkah saya memohon?

Boleh, asalkan anda adalah pengundi dan menetap di Selangor serta memenuhi syarat bantuan yang ditetapkan.

Adakah permohonan ANAS dan TAWAS masih dibuka pada tahun 2025?

Ya, selagi kuota belum penuh, permohonan masih dibuka secara online di laman web rasmi.

Jika permohonan saya ditolak, bolehkah saya membuat rayuan?

Boleh, hubungi YAWAS atau pusat khidmat ADUN untuk semakan semula.

Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?

Boleh, asalkan anda memenuhi syarat setiap bantuan.

KESIMPULAN

Bantuan Anak Selangor 2025 adalah peluang yang baik untuk keluarga di Selangor untuk memastikan anak-anak mereka mendapat sokongan dari segi pendidikan dan kebajikan secara berterusan. Pastikan anda menyemak syarat kelayakan dan memohon sebelum tarikh tutup melalui laman web rasmi sahaja untuk mengelakkan penipuan.

RUJUKAN

Segala maklumat dalam artikel ini dirujuk daripada sumber rasmi bagi memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan kepada pembaca. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai bantuan Anak Selangor sila layari portal rasmi :

Kongsi artikel ini dengan rakan atau keluarga yang mungkin memerlukan bantuan ini, supaya lebih ramai anak-anak Selangor dapat menerima manfaatnya pada tahun 2025.

Leave a Comment