CARA KIRA BIL TNB : (2025) SEMAK KIRAAN TARIF BARU

CARA KIRA BIL TNB : (2025) SEMAK KIRAAN TARIF BARU

Bermula 1 Julai 2025, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengemaskini struktur baru tarif elektrik bagi pengguna domestik. Perubahan ini memberi kesan kepada kadar caj bulanan terutamanya bagi isi rumah yang menggunakan tenaga tinggi. Ramai pengguna mula tertanya-tanya cara kira bil TNB dengan betul agar tidak tersalah tafsir jumlah bayaran. Dengan memahami formula asas dan kadar tarif terkini, anda dapat mengurus penggunaan elektrik secara lebih bijak dan menjimatkan perbelanjaan.

Bagimanakah cara kira bil TNB? Artikel ini akan memberi panduan lengkap tentang kiraan bil elektrik anda berdasarkan tarif baru yang akan dilaksanakan.

BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN BUDI MADANI 2025

KADAR TARIF BARU ELEKTRIK

  • Sebelum ini, kadar tarif elektrik berbeza mengikut jumlah penggunaan yang dikenali sebagai sistem bertingkat (tiered pricing). Untuk tarif baru, kadar asas tetap akan diperkenalkan untuk pengguna domestik.
  • Komponen bil baru juga akan memperincikan butiran tentang:
    • Caj Penjanaan
    • Caj Rangkaian
    • Caj Peruncitan (dikecualikan untuk penggunaan 600kWh kebawah)
    • Caj Kapasiti
  • Pengguna yang menggunakan kurang daripada 900kWh sebulan akan melihat sedikit penurunan atau perubahan minimum pada bil bulanan mereka. Perubahan mungkin lebih ketara bagi penggunaan tinggi. 
KADAR TARIF BARU ELEKTRIK
  • Berikut disertakan jadual perbezaan kadar tarif lama & kadar tarif baru yang akan bermula pada 1 Julai 2025 ini:
KADAR TARIF LAMAKADAR TARIF BARU
Bermula dari 21.8 sen/kWh (bawah 200kWh) hingga 57.1 sen/kWh (lebih 900kWh).Kadar asas tetap iaitu sekitar 45.40 sen/kWh untuk semua pengguna domestik.

APA ITU KALKULATOR BIL ELEKTRIK TNB

  • Kalkulator Bil Elektrik (dikenali juga sebagai Kalkulator TNB) adalah alat digital yang telah diperkenalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membantu menganggarkan jumlah bil elektrik bulanan berdasarkan penggunaan sebenar di rumah para pengguna.
  • Anda hanya perlu masukkan kadar penggunaan elektrik semasa (kWh) atau pilih peralatan elektrik yang telah digunakan.
  • Kalkulator ini secara automatik akan mengira bil anda mengikut kadar terkini.
APLIKASI KALKULATOR BIL ELEKTRIK TNB

NOTA TAMBAHAN: Klik pautan berikut untuk membuat pengiraan di Portal Rasmi myTNB.

FUNGSI KALKULATOR BIL ELEKTRIK TNB

Terdapat beberapa fungsi kalkulator bil elektrik ini yang pastinya bermanfaat kepada pengguna. Antaranya ialah seperti berikut:

  1. Memberi anggaran bil elektrik bulanan mengikut penggunaan sebenar.
  2. Membantu pengguna merancang perbelanjaan bajet bulanan dengan lebih tepat.
  3. Membandingkan kesan penggunaan peralatan elektrik yang berbeza.
  4. Membantu pengguna memilih peralatan elektrik yang lebih cekap tenaga sekaligus dapat menjimatkan kos jangka panjang

CARA KIRA BIL TNB

Pengguna sekarang boleh membuat pengiraan bil elektrik secara atas talian sahaja. Berikut disertakan panduan lengkap cara pengiraan menggunakan Kalkulator Bil Elektrik TNB:

CARA KIRA BIL TNB

CARA PENGIRAAN BIL KALKULATOR TNB

  1. Layari Portal Rasmi myTNB & cari bahagian “Bill Calculator” atau “Kalkulator Bil Elektrik”.

  2. Anda perlu tahu jumlah penggunaan elektrik dalam unit kilowatt-jam (kWh) untuk sebulan sebelum mengisi maklumat dalam kalkulator tersebut.

    Dapatkan angka penggunaan daripada bil elektrik terdahulu atau kira sendiri dengan menolak bacaan meter bulan lepas daripada bacaan meter terkini.

  3. Isikan jumlah penggunaan elektrik (kWh) ke dalam ruangan yang disediakan pada kalkulator.

    Jika menggunakan Home Energy Calculator, anda boleh pilih jenis rumah, bilangan bilik & senaraikan peralatan elektrik yang digunakan untuk mendapatkan anggaran penggunaan yang lebih tepat.

  4. Tekan butang “Calculate Bill” setelah semua maklumat dimasukkan.

    Kalkulator akan memaparkan anggaran jumlah bil elektrik bulanan anda mengikut kadar tarif semasa.

  5. Hasil anggaran akan dipaparkan termasuk pecahan caj mengikut blok tarif, cukai perkhidmatan (jika melebihi 600 kWh) & jumlah keseluruhan bil.

    Anda juga boleh melihat statistik penggunaan peralatan elektrik & cadangan penjimatan tenaga jika menggunakan Home Energy Calculator.

NOTA TAMBAHAN: Kalkulator ini hanya memberikan anggaran sahaja. Ia tidak mengambil kira caj tambahan seperti denda pembayaran lewat, surcaj faktor kuasa, rebat atau insentif khas. Caj sebenar mungkin sedikit berbeza.

RUJUKAN

Panduan bagi Cara Kira Bil TNB ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal tarif baru elektrik. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Rasmi myTNB: https://www.mytnb.com.my/residential/understand-your-bill/bill-calculator
  2. Email: [email protected]
  3. Telefon: 1300-88-5454

Leave a Comment