BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 : (FASA 3) SEMAKAN TERKINI STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 : (FASA 3) SEMAKAN TERKINI STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Bantuan Tunai Rahmah 2025 merupakan kesinambungan kepada program bantuan tunai oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat berpendapatan rendah. Di bawah Belanjawan 2025, inisiatif ini diteruskan dengan beberapa penambahbaikan termasuk jumlah bayaran yang lebih tinggi dan agihan bantuan yang lebih tersusun mengikut fasa. Bantuan ini disalurkan kepada pelbagai kategori penerima termasuk isi rumah B40, warga emas, dan bujang yang layak.

Bagaimanakah cara membuat semakan status kelayakan penerima Bantuan Tunai Rahmah? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan.

BACA JUGA: SEMAK STATUS BANTUAN BUJANG STR 2025

SYARAT BANTUAN TUNAI RAHMAH

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya berdasarkan kategori pemohon ialah seperti berikut:

  • ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH

Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHPendapatan Bulanan Bawah RM2500:
5 Anak Ke Atas: RM2500
3-4 Anak: RM2000
2-1 Anak: RM1500
Tiada Anak: RM1000

Pendapatan Bulanan RM2501-RM5000:
5 Anak Ke Atas: RM1250
3-4 Anak: RM1000
2-1 Anak: RM750
Tiada Anak: RM500
WARGA EMAS TIADA PASANGANPendapatan Bulanan Bawah RM5000:
RM600
BUJANG
(21-59 TAHUN)
(OKU 19 TAHUN KE ATAS)
Pendapatan Bulanan Bawah RM2500:
RM600

CARA PEMBAYARAN BANTUAN

Bantuan Tunai Rahmah akan disalurkan melalui 2 cara yang fleksibel bagi memudahkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

TARIKH BANTUAN TUNAI RAHMAH

Bantuan Tunai Rahmah disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pasti ternanti-nanti pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN

Semakan bagi status kelayakan Bantuan Tunai Rahmah boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

CARA SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH

  1. Buka laman rasmi STR.

    Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  2. Pada halaman utama portal, tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Sila tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan Tunai Rahmah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment