MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : CEK STATUS BANTUAN TERKINI
PENGENALAN
Berdasarkan Belanjawan 2025, kerajaan terus komited membantu golongan memerlukan dengan menyalurkan bantuan barang dapur secara automatik ke MyKad secara tanpa tunai. Pasti dah ramai yang tertanya-tanya, “Dah masuk ke belum bantuan MyKasih dalam MyKad?”
Ikuti info lanjut yang kami sediakan untuk para pembaca cek status bantuan MyKasih terkini. Semua hanya berada di hujung jari.
BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANGAN YANG DILULUSKAN
KAEDAH SEMAKAN STATUS MYKASIH
Di sini kami akan kongsikan 2 platform rasmi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat membuat semakan bantuan terkini.
PLATFORM RASMI MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
- Klik “Semak Status”.
- Masukkan nombor MyKad & kod keselamatan.
- Klik “Semak” untuk melihat status kelayakan.
PLATFORM RASMI MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad & kata laluan.
- Pilih menu “Semakan Status”.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin dalam data eKasih.
- Tiada rekod pendapatan tetap (untuk kategori bujang).
JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Terdapat 2 kategori penerima bantuan MyKasih. Jumlah bantuan yang dikreditkan secara tanpa tunai adalah berbeza mengikut kategori berikut:
| PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR (EKASIH) | Isi Rumah: RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) Warga Emas Tiada Pasangan: RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) Bujang: RM50 sebulan sepanjang tahun |
| PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN (STR SAHAJA) | Isi Rumah: RM100 sebulan (April-Disember) Warga Emas Tiada Pasangan: RM50 sebulan (April-Disember) Bujang: Tidak layak menerima bantuan |
KESIMPULAN
Bantuan MyKasih 2025 adalah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Ia jelas menunjukkan usaha kerajaan dalam meringankan beban isi rumah terutamanya yang berpendapatan rendah. Dengan semakan mudah secara atas talian, para penerima boleh cek status terkini bantuan yang disalurkan secara terus ke dalam MyKad. Jangan lepaskan peluang dan manfaatkan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
PENAFIAN
Maklumat dalam artikel ini adalah bertujuan sebagai informasi umum sahaja. Segala perubahan tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh pihak yang berkaitan. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan dan ketidaktepatan info terkini. Pembaca dinasihatkan membuat semakan info di laman rasmi untuk maklumat yang lebih tepat dan sahih.
RUJUKAN
- Kenyataan Media Belanjawan 2025 – Kementerian Kewangan Malaysia
- Portal Rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel Rasmi MyKasih: [email protected]