TARIKH BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ialah bantuan tunai tahunan kerajaan yang disalurkan kepada isi rumah berpendapatan rendah mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan. Bantuan ini merangkumi pembayaran beberapa fasa dalam setahun dan bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup, terutamanya bagi keluarga B40.
Artikel ini merangkumkan syarat kelayakan, cara permohonan, langkah kemaskini MySTR serta tarikh bayaran Fasa 1 bagi tahun 2026.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Syarat kelayakan STR 2026 ditentukan berdasarkan kategori pemohon dan pendapatan isi rumah. Kategori yang layak disenaraikan seperti di bawah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Kategori Bujang tidak lagi menerima bantuan STR, tetapi diganti dengan SARA 2026.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR 2026 DISALURKAN?
Jumlah bantuan STR 2026 akan disalurkan mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan. Bayaran biasanya dibuat secara berperingkat berpandukan tarikh rasmi STR 2026. Perinciannya adalah seperti dalam jadual berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |

TARIKH BAYARAN STR 2026
- Setakat ini, tarikh rasmi bayaran Fasa 1 STR 2026 masih belum diumumkan.
- Tarikh bayaran STR 2026 akan dikemas kini semula setelah pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan.
- Untuk rujukan, bayaran Fasa 1 tahun 2025 telah dikreditkan pada bulan Januari.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?
Semua penerima STR, termasuk pengguna baharu dan sedia ada, perlu memiliki Akaun MySTR bagi memudahkan proses semakan, kemaskini dan akses kepada maklumat bantuan. Berikut adalah cara mendaftar:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

KEMASKINI MAKLUMAT STR
Untuk memastikan kelayakan STR 2026 tidak terjejas, pemohon disarankan mengemaskini maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan melalui portal MySTR. Berikut adalah langkah lengkap kemaskini:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

CARA MOHON BANTUAN STR
Bagi pemohon yang layak tetapi belum pernah membuat permohonan, permohonan STR 2026 boleh dihantar secara dalam talian melalui portal rasmi yang dibuka sepanjang tahun. Berikut langkah-langkah permohonannya:
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
- Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pergi ke bahagian Permohonan :
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
- Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
- Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
- Maklumat individu akan dipaparkan :
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
- Lengkapkan maklumat peribadi :
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pergi halaman permohonan seterusnya :
- Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
- Pilih Status Perkahwinan :
- “Berkahwin”;
- “Bercerai”;
- “Bujang”;
- Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
- Lengkapkan maklumat pasangan :
- Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
- Isikan maklumat anak (jika ada) :
- Masukkan nama dan nombor MyKid anak jika ada dan terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi.
- Muat naik dokumen sokongan :
- Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Masukkan maklumat waris :
- Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
- Sahkan kod Captcha :
- Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
- Hantar borang permohonan :
- Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya :
- Bagi permohonan Bantuan STR 2026 yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

SOALAN LAZIM (FAQ) TARIKH BAYARAN STR 2026
Berpotensi sama, namun ia bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan setiap tahun.
Ya, dalam keadaan tertentu seperti perubahan pendapatan, status perkahwinan atau bilangan tanggungan.
Ya, akaun bank yang sah dan aktif diperlukan bagi memastikan bayaran dapat dikreditkan dengan lancar.
Kebiasaannya kerajaan menyediakan kaedah tunai melalui BSN, bergantung kepada ketetapan tahun semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Tarikh Bayaran STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/