STR SEMAKAN FASA 2 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 2026
STR Semakan Fasa 2 2026 merupakan antara maklumat yang sering dicari oleh penerima bantuan kerajaan bagi mengetahui sama ada mereka masih layak menerima bayaran pada fasa seterusnya. Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah satu bentuk bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menghadapi kos sara hidup.
Bagi memastikan proses semakan berjalan lancar, penerima digalakkan memahami syarat kelayakan, kaedah semakan serta saluran pembayaran yang digunakan bagi bantuan STR Fasa 2 tahun 2026.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Kelayakan bagi bantuan STR 2026 masih berpandukan kepada syarat asas yang telah ditetapkan sebelum ini, dengan beberapa penambahbaikan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Antara perkara yang dinilai termasuk:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
*Kategori bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 DIKREDITKAN?
Jumlah bayaran bagi bantuan STR Fasa 2 2026 antara RM100 hingga RM600 bergantung kepada kategori kelayakan penerima. Perinciannya seperti berikut:

- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 | 150 |
| 1-2 | 1200 | 300 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 | 450 |
| >5 | 2200 | 500 | 600 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 | 200 |
| >5 | 950 | 200 | 250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) |
|---|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 | 150 |

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 2?
Bayaran bantuan STR Fasa 2 akan dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac 2026. Pembayaran secara berperingkat ini dilakukan bagi memastikan proses agihan bantuan dapat berjalan dengan lebih teratur serta memberi peluang kepada semua penerima yang layak untuk menerima bantuan mereka.
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |
| FASA 2 | BERMULA 10 MAC 2026 |

BAGAIMANA BAYARAN FASA 2 STR DISALURKAN?
Kaedah pembayaran biasanya bergantung kepada jenis penerima, sama ada melalui pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan atau melalui kaedah lain yang disediakan oleh pihak berkuasa. Berikut butirannya:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
STR SEMAKAN FASA 2
Status bayaran bantuan boleh disemak melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my. Selain itu, penerima juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian hotline BKK di 1-800-88-2747. Langkah semakan STR Fasa 2 biasanya melibatkan proses berikut:
STR SEMAKAN FASA 2 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 2 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

STR SEMAKAN FASA 2 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal rasmi, semakan status STR Fasa 2 juga boleh dilakukan melalui aplikasi rasmi kerajaan yang disediakan untuk kemudahan pengguna. Namun begitu, pengguna perlu mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif bagi membolehkan akses kepada maklumat bantuan dilakukan melalui aplikasi tersebut.
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan STR Fasa 2 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 2 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

DAFTAR AKAUN MYSTR ONLINE
Pemohon baharu serta penerima sedia ada digalakkan untuk mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan berkaitan semakan terkini status bantuan STR Fasa 2 ini. Berikut langkah-langkahnya:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

PERMOHONAN BAHARU STR 2026
Permohonan baharu bagi bantuan STR dibuka sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada individu yang layak untuk memohon bantuan ini. Pemohon disarankan memastikan semua maklumat yang dimasukkan dalam sistem adalah lengkap dan tepat bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses penilaian kelayakan dijalankan.
- Permohonan boleh dibuat secara:
- Online melalui portal MySTR
- Manual melalui kaunter LHDN terpilih
PERMOHONAN BANTUAN STR 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:
PERMOHONAN BANTUAN STR 2026 SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
KEMASKINI PERUBAHAN MAKLUMAT
Pengemaskinian maklumat adalah penting sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat pemohon. Antara maklumat yang perlu dikemas kini termasuk perubahan pendapatan, status perkahwinan serta maklumat akaun bank. Langkah ini penting bagi memastikan proses pembayaran bantuan tidak mengalami kelewatan. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Semakan biasanya boleh dibuat sebaik sahaja pengumuman rasmi berkaitan pembayaran fasa tersebut dikeluarkan.
Dalam sesetengah keadaan, sistem mungkin sedang dikemas kini sebelum maklumat terkini dipaparkan kepada pengguna.
Tidak semestinya, namun penerima digalakkan mengemas kini maklumat sekiranya terdapat perubahan penting.
Ya, portal semakan STR boleh diakses melalui pelayar internet pada telefon pintar atau peranti mudah alih.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR Semakan Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/