SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2025 – SEMAK ONLINE STATUS
Kerajaan Malaysia terus komited membantu rakyat yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kebajikan termasuklah Bantuan Tunai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang diteruskan dalam Belanjawan 2025. STR Fasa 3 menjadi antara fasa penting yang dinanti-nantikan oleh golongan B40 dan M40 sebagai bantuan kewangan tambahan untuk meringankan beban hidup. Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar dana untuk memastikan bantuan ini sampai tepat kepada penerima yang layak.
Bagaimanakah cara membuat semakan bantuan STR Fasa 3? Ikuti artikel ini untuk segala info lengkap yang telah disediakan.
BACA JUGA: CHECK TARIKH MASUK STR FASA 3
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR
Untuk memastikan bantuan disalurkan kepada yang memerlukan, terdapat beberapa syarat kelayakan mengikut kategori yang perlu dipenuhi. Antaranya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR
Jumlah bantuan yang diterima bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori dan jumlah bantuan yang ditetapkan:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
TIADA ANAK | RM1000 |
1-2 ANAK | RM1500 |
3-4 ANAK | RM2000 |
5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
TIADA ANAK | RM500 |
1-2 ANAK | RM750 |
3-4 ANAK | RM1000 |
5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
<RM5000 | RM600 |
- BUJANG
PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
<RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR
Untuk memudahkan proses bayaran, bantuan tunai STR disalurkan menerusi dua cara berbeza bergantung kepada jenis penerima. Rujuk butiran di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Pembayaran bantuan tunai STR diagihkan mengikut 4 fasa. Ramai penerima kini menantikan pengumuman rasmi tarikh bayaran bagi Fasa 3. Jadual berikut menunjukkan pecahan setiap fasa bantuan dan tarikh bayaran:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 22-28 JANUARI |
FASA 2 | 24 MAC |
FASA 3 | OGOS |
FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh bayaran akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Untuk rujukan, pembayaran Fasa 3 pada tahun 2024 dibuat sekitar akhir Ogos hingga awal September – Sumber: bantuantunai.hasil (FAQ).
SEMAKAN STR FASA 3 2025
Semakan status bantuan boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Bantuan Tunai STR Fasa 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email: [email protected]