SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3 2025

SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3 2025

Bantuan Syukur Sabah terbukti menjadi antara insentif paling ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri di bawah bayu. Sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup golongan sasar termasuk penerima bantuan terdahulu dan isi rumah B40, inisiatif khas ini diteruskan lagi oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi Fasa Tiga (3) tahun ini. Selain itu, fasa kali ini dijangka melibatkan jumlah penerima yang lebih besar, dengan semakan status permohonan dan kelulusan boleh dibuat secara atas talian. Ramai yang sudah terima bayaran dalam fasa sebelum ini.

Adakah nama anda tersenarai kali ini? Buat semakan bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025 dengan panduan lengkap di sini.

BACA JUGA : SEMAK STR BUJANG 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Penerima bagi bantuan SYUKUR Sabah boleh menerima bantuan dari 3 kaedah bayaran iaitu:

  • Di bayar terus ke akauan bank penerima.
  • Diberikan secara tunai.
  • Dikreditkan kedalam eWallet YONO.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Bayaran bagi bantuan sara hidup SYUKUR diberikan secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun 2025. Berikut merupakan tarikh bayaran mengikut pecahan fasa:

  • FASA 1 – Januari hingga Mac 2025
  • FASA 2 – April hingga Jun 2025
  • FASA 3 – Julai hingga September 2025
  • FASA 4 – Oktober hinga Disember 2025

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH 2025

Setiap individu yang layak akan menerima sebanyak Rm900 bagi setiap fasa bersamaan dengan Rm3,600 setahun.

Bayaran bagi setiap fasa.

TARIKH BAYARANJUMLAH BAYARAN
Januari – MacRM900
April – JunRM900
Julai – SeptemberRM900
Oktober – DisemberRM900

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR

Bantuan Syukur Sabah ini diberikan kepada dua (2) kategori penerima iaitu miskin dan miskin tegar. Berikut merupakan kelayakan yang ditetapkan bagi setiap kategori:

MISKIN

PENDAPATANKELAYAKAN
RM1,219 – RM2,742 SebulanPemohonan hanya layak untuk
sorang ketua isi rumah sahaja.

MISKIN TEGAR

PENDAPATANKELAYAKAN
Kurang RM1,218 Sebulan– Ketua isi dan pesangan; atau
– Ketua isi rumah dan anak 18
tahun ke atas.

CARA SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH

Semakan status boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara online atau melalui aplikasi telefon pintar.

LANGKAH SEMAKAN SECARA ONLINE

LOGIN SYUKUR SABAH

SEMAKAN MELALUI APLIKASI TELEFON PITAR.

APLIKASI YONO SUPERAPP

Pemohon juga boleh membuat semakan status melalui aplikasi YONO Superapp. Muat turun aplikasi di:

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH

Sebelum membuat permohonan pastikan dahulu bahawa anda benar-benar layak sebagai penerima bantuan. Ini bagi memastikan bantuan ini diterima oleh golongan yang tepat berdasarkan syarat yang ditetapkan. Syarat asas yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganeraga Malaysia.
  • Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.

Pemohon juga perlu memenuhi SALAH SATU dari syarat berikut:

  • KETUA ISI RUMAH – Status miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
  • KETUA ISI RUMAH – Pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan SYUKUR Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment