SEMAK BAKI SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN ONLINE STATUS BAYARAN
Kerajaan Malaysia telah menyediakan manfaat kepada lebih 5.4 juta rakyat Malaysia melalui Sumbangan Asas Rahmah SARA Mykasih 2025. Bantuan ini diberikan bagi memenuhi keperluan barangan asas untuk isi rumah, warga emas dan bujang. Bermula April, bantuan ini disalurkan sepenuhnya sama ada dari kategori miskin tegar (eKasih) ataupun penerima bantuan (STR).
Untuk penerima yang layak, beberapa laman rasmi boleh digunakan untuk semakan terkini status kelayakan, bantuan sudah masuk atau tidak atau semak baki SARA MyKasih bagi tahun 2025.
BACA JUGA: SARA MYKASIH BARANG APA : SEMAKAN SENARAI BARANGAN ASAS TERKINI
APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH
SARA (Sumbangan Asas Rahmah) ialah bantuan kerajaan yang diberikan secara bulanan bermula Januari 2025 dengan jumlah bantuan dari RM450 sehingga RM2,100 setahun yang disalurkan melalui platform MyKasih kedalam MyKad individu untuk membeli barangan asas seperti:
- Beras
- Tepung
- Telur
- Minyak masak
- Susu
- Sayur dan buah
- Produk kesihatan & kebersihan diri
Bantuan ini khusus untuk golongan B40 yang telah layak menerima STR 2025 (Sumbangan Tunai Rahmah) dan berdaftar dengan eKasih. Sumbangan diberikan secara automatik dan tiada permohonan perlu dibuat.
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH
Kelayakan bagi penerima bantuan SARA MyKasih adalah secara automatik dan tiada permohonan perlu dibuat. Namun, beberapa syarat khas yang di ambil kira untuk menentukan kelayakan individu adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan kurang dari Rm5,000 sebulan.
- Berdaftar dalam data eKasih.
- Penerima bantuan STR.
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH
Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza berdasarkan kategori penerima seperti di bawah:
Kategori eKASIH
- Isi Rumah – Rm2,100
- Warga Emas (Bujang) – Rm1650
- Bujang- Rm600
Kategori STR
- Isi Rumah – Rm900
- Warga Emas (Bujang) – Rm450
- Bujang – Tidak Layak
SEMAK BAKI SARA MYKASIH 2025
Untuk semak baki dan status terkini, penerima boleh membuat semakan secara online menerusi laman rasmi MyKasih dan MySTR. Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi MyKasih. Ikuti panduan dibawah untuk langkah semakan.
Semak baki melalui laman rasmi MyKasih
- Layari laman web rasmi: https://www.mykasih.com.my.
- Pilih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan klik pada [SEMAKAN KELAYAKAN]
- Masukkan No. Kad Pengenalan (IC) anda.
- Klik “Semak Status”.
- Status permohonan anda akan dipaparkan:
- Lulus & Aktif
- Dalam Proses
- Tidak Layak / Gagal
Semak baki melalui laman rasmi MySTR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan “TUTUP” pada notis pemberitahuan.
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan (tanpa sengkang). Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan.
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Papar Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, anda akan nampak jumlah baki bantuan & tarikh bayaran.
Semakan baki melalui Aplikasi
- Muat turun aplikasi yang disediakan dibawah:
- Klik “TERUSKAN”
- Klik “LOG MASUK”
- Seterusnya, isi nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Masukkan nombor telefon yang didaftarkan.
- Pastikan nombor yang digunakan aktif untuk pengesahan.
- Selesai. Maklumat terkini akan dipaparkan.
- Rujuk gambar dibawah untuk gambaran lebih jelas.

RUJUKAN
Panduan bagi Sema Baki SARA MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Hotline MyKasih: 03-7720 1800
- Emel: [email protected]
- Web rasmi: https://www.mykasih.com.my
- Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang)