MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SEMAK ONLINE KELAYAKAN
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan meneruskan komitmen membantu golongan berpendapatan rendah melalui pelbagai inisiatif antaranya program MyKasih. Bantuan ini disalurkan bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang keperluan asas. Program MyKasih memberi sumbangan dalam bentuk cashless (tanpa tunai) untuk pembelian barangan di lebih 1200 kedai atau pasar raya terpilih. Bagi tahun 2025, kelayakan penerima akan dinilai berdasarkan data terkini yang dikemas kini oleh pihak LHDN dan agensi berkaitan.
Bagaimanakah cara nak buat semakan status MyKasih 2025? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan dalam artikel ini.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA MYKASIH
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Setiap individu perlu memenuhi beberapa syarat bagi memastikan mereka lulus permohonan dan layak untuk menerima bantuan MyKasih. Antara syarat-syaratnya ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Penerima bantuan MyKasih akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih akan dibayar pada tarikh yang berbeza mengikut kategori kelayakan penerima seperti butiran di bawah:
- Penerima STR & eKasih:
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima STR sahaja:
- Bermula April hingga Disember 2025
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH
Penerima bantuan boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan MyKasih yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Pastikan anda penerima yang sah (melalui STR/eKasih).
- Semak nama anda dalam sistem MyKasih.
- Kunjungi pasar raya atau kedai rakan MyKasih berdekatan.
- Pilih barangan asas yang dibenarkan.
- Semasa pembayaran, hanya perlu imbas MyKad dan masukkan PIN 6-digit.
- Resit akan dikeluarkan dan amaun ditolak daripada baki bantuan bulanan anda.
- Gunakan bantuan sebelum tamat tempoh bulan tersebut (sehingga 31 Disember 2025).
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025
Status bantuan MyKasih boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi yang telah disediakan oleh kerajaan. Berikut disertakan 2 portal rasmi dan langkah terperinci untuk membuat semakan:

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi MyKasih Semakan Status 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Pengumuman Belanjawan 2025 (Kementerian Kewangan Malaysia) : https://www.treasury.gov.my/index.php/en/budget