PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN (BKK) JKM 2025

PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN (BKK) JKM 2025

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah satu bentuk inisiatif dari kerajaan Malaysia untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan. Ini bertujuan untuk meringankan bebanan ibubapa dalam membesarkan anak-anak. Semua rakyat boleh memohon sekiranya menepati syarat & kriteria yang ditetapkan.

Disini kami akan kongsikan panduan untuk menyemak kelayakan & langkah permohonan bantuan kanak-kanak (BKK) JKM 2025 agar dapat melancarkan urusan untuk memohon bantuan.

BACA JUGA: BANTUAN WARGA EMAS 2025

PENGENALAN

Permohonan bantuan kanak-kanak (BKK) boleh dimohon oleh sesiapa sahaja yang menepati syarat kelayakan. Jumlah BKK yang diberi bergantung kepada pendapatan isi rumah & bilangan anak. Bantuan BKK yang diperuntukkan kepada penerima adalah dari RM200 hingga RM250 seorang atau maksimum RM1000 sebulan.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

  • Warganegara Malaysia.
  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
  • Kanak-kanak yang tiada penjaga (anak yatim/anak kepada ibu atau bapa tunggal) atau keluarga yang berisiko kehilangan punca pendapatan.
  • Pendapatan isirumah pemohon berada di bawah had kelayakan yang ditetapkan & tidak melebihi purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Kes yang dirujuk oleh Pegawai Kebajikan yang dinilai & disahkan layak untuk memohon.

CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK

Permohonan Bantuan Kanak- Kanak (BKK) 2025 boleh dilakukan secara manual dengan mengambil borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terdekat atau muat turun dari laman rasmi. Pemohon perlu hadir ke Pejabat JKM Daerah dalam tempoh 14 hari untuk pengesahan & penyerahan dokumen sokongan.

Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad/MyKid/Sijil Lahir anak-anak.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • Salinan bil utiliti untuk pengesahan alamat.
  • Salinan Kad OKU jika berkaitan.
  • Laporan perubatan dari klinik kesihatan kerajaan/hospital jika berkaitan.

Fungsi permohonan secara atas talian (online) untuk permohonan BKK 2025 ini telah dibuka untuk semua negeri. Ia dibuka secara berperingkat dan bergantung kepada jenis bantuan. Pemohon boleh mendaftar permohonan di: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;

KADAR BANTUAN KANAK-KANAK

Kadar bantuan kanak-kanak yang ditetapkan adalah seperti berikut:

KADAR BANTUANUMUR
RM2006 Tahun dan ke bawah
RM2507 Tahun hingga 18 tahun
RM1000Maksimum untuk setiap keluarga atau penjaga

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa itu Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

BKK ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga yang mempunyai anak berumur bawah 18 tahun supaya mereka mendapat kehidupan lebih baik.

Bagaimana cara untuk memohon BKK?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem eBantuan JKM atau dengan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran bersama dokumen sokongan.

Berapa lama tempoh kelulusan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

Proses kelulusan biasanya mengambil masa beberapa minggu kerana pihak JKM perlu membuat siasatan dan pengesahan maklumat sebelum bantuan disalurkan.

Adakah anak angkat layak menerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

Ya, selagi penjaga sah mempunyai dokumen yang lengkap serta memenuhi syarat pendapatan yang ditetapkan.

KESIMPULAN

BKK 2025 merupakan sokongan yang bermakna dalam membantu untuk membina masa depan anak-anak yang kurang berkemampuan. Permohonan untuk bantuan dari JKM termasuk BKK dibuka sepanjang tahun. Semoga panduan yang diberi dapat memberi gambaran lebih jelas dan mudah untuk sesiapa yang berkelayakan membuat permohonan.

RUJUKAN

Maklumat yang terdapat dalam artikel ini bertujuan sebagai rujukan sahaja untuk memohon BKK 2025. Ia tertakluk kepada perubahan semasa oleh pihak berkuasa berkaitan. Segala permohonan akan melalui proses penilaian dan siasatan dari pegawai JKM yang terlibat. Selain itu, para pembaca disarankan untuk merujuk kepada laman rasmi JKM atau pihak berwajib bagi info lebih tepat dan terkini di:

Leave a Comment