PENDAFTARAN LESEN PERCUMA B2 : PROGRAM MYLESEN
Bersempena dengan Program Rancakkan Madani yang bermula hari ini, akan diadakan satu sesi Pendaftaran Lesen Percuma B2 yang bertempat di Dataran Putrajaya bagi memberi peluang kepada kepada yang layak untuk mendapatkan lesen motosikal secara sah . Pendaftaran akan dibuka selama 3 hari bermula 5 hingga 7 Disember 2025 dengan kuota terhad kepada 5,000 orang sahaja.
Jangan lepaskan peluang!
BACA JUGA: BELANJAWAN 2026 PDF DOWNLOAD – RUMUSAN & INTIPATI PELAN EKONOMI MADANI
APA ITU PROGRAM MYLESEN B2 PERCUMA?
Program MyLesen B2 ialah inisiatif kerajaan melalui JPJ untuk membantu individu layak mendapatkan lesen motosikal kelas B2 secara percuma. Ia merangkumi proses lengkap latihan, kursus serta ujian tanpa dikenakan sebarang bayaran. Program ini dijalankan melalui sekolah memandu berdaftar dan terhad mengikut kuota yang ditetapkan di setiap negeri.
Matlamat program:
- Mengurangkan jumlah penunggang tanpa lesen.
- Membantu golongan B40 memiliki lesen sah.
- Meningkatkan keselamatan di jalan raya.
- Memberi peluang belia meningkatkan kemahiran dan tahap pematuhan undang-undang.

SYARAT PENDAFTARAN LESEN PERCUMA B2
Sebelum membuat pendaftaran lesen percuma B2, pemohon mestilah memenuhi syarat asas berikut:
- Warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun.
- Pelajar sekolah, institut pengajian tinggi, atau golongan belia daripada keluarga B40 dan tanggungan.
- Sihat fizikal dan mental.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) pada masa permohonan.
- Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta, atau institusi kewangan.
BILA TARIKH PENDAFTARAN LESEN PERCUMA B2 DIBUKA?
Pendaftaran lesen percuma sempena Program Rancakkan Madani adalah seperti butiran di bawah:
| TARIKH PENDAFTARAN | MASA | TEMPAT |
|---|---|---|
| 5 – 7 Disember 2025 | 9.00 pagi – 9.00 malam | Zon G, Dataran Putrajaya |

BERAPA KOS BAYARAN UNTUK PROGRAM MYLESEN?
Semua kos latihan & ujian adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk:
- Yuran pendaftaran sekolah memandu
- Latihan asas motosikal
- Ujian teori & praktikal
- Pengeluaran Lesen L dan Lesen P
Tiada bayaran dikenakan sepanjang program kecuali jika:
- Peserta gagal ujian berulang kali (bergantung kepada polisi sekolah memandu).
- Peserta tidak hadir latihan sehingga perlu jadual semula.
TEMPOH MASA UJIAN & LATIHAN LESEN PERCUMA
Tempoh latihan bergantung kepada jadual sekolah memandu, namun secara umum:
- Kelas Teori KPP01: 5 jam
- KPP02 (Litar): 6–10 jam latihan
- KPP03 (Jalan Raya): 3–5 jam praktikal
- Ujian QTI: 1 hari
- Ujian JPJ: 1 hari
Kebiasaannya peserta mengambil masa antara 2–6 minggu untuk melengkapkan keseluruhan proses bergantung pada cuaca, jadual pusat memandu dan kuota ujian JPJ.
SOALAN LAZIM (FAQ) PENDAFTARAN LESEN PERCUMA B2
Salinan MyKad, gambar passport, dan dokumen bukti kelayakan (jika diminta).
Tidak. Peserta wajib menggunakan motosikal disediakan sekolah memandu.
Wajib hadir. Kegagalan hadir boleh menyebabkan pembatalan penyertaan.
Tidak, peserta perlu kekal di pusat yang ditetapkan penganjur.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Pendaftaran Lesen Percuma B2 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk kaunter JPJ negeri berdekatan atau secara terus melalui:
- Portal Rasmi JPJ Malaysia: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama
- Talian Bantuan MyLesen: 03 – 8892 8714 / 8693
- Hebahan Program Melalui: https://malaysiamadani.gov.my