MYSARA SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEGERA

MYSARA SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEGERA

Bantuan MySARA di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diteruskan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025 bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Melalui inisiatif ini, penerima bantuan layak menerima bantuan bulanan secara tanpa tunai yang dimasukkan terus ke dalam MyKad masing-masing. Ia bertujuan untuk membantu pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, dan barangan dapur harian. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan bahawa lebih 5.4 juta rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 akan menerima manfaat daripada program ini. Bantuan MySARA menjadi antara pendekatan strategik kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Bagaimanakah cara nak buat semakan status kelayakan MySARA? Artikel ini akan membantu anda memahami cara semak MySARA 2025 dilakukan disertakan info penting berkaitan bantuan tersebut.

BACA JUGA: SEMAK STATUS TERKINI KELAYAKAN ONE OFF SARA UNTUK SEMUA

APA SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2025?

Ada beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan MySARA ini. Berikut adalah senarai syarat tersebut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Lulus dan Penerima Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA

Bantuan MySARA di bayar pada tarikh berbeza mengikut kategori penerima yang layak, seperti maklumat berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN MYSARA?

Sebagai panduan ringkas, penerima yang layak boleh merujuk langkah-langkah berikut untuk menggunakan bantuan MySARA yang telah dikreditkan ke MyKad secara tanpa tunai (cashless):

  1. Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
  3. Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
  4. Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
  5. Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
  7. Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.

JUMLAH BANTUAN MYSARA 2025

Melalui program MyKasih, bantuan MySARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara tanpa tunai dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual berikut memperincikan jumlah bantuan mengikut kategori penerima:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*TERKINI! BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF SARA UNTUK SEMUA RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025

Penerima MySARA boleh menyemak bantuan mereka melalui dua saluran digital rasmi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Di bawah ini disertakan langkah semakan dan pautan portal:

SEMAKAN MYSARA MELALUI PORTAL STR

LOGIN SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MYSARA MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan MySARA 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment