JUMLAH STR 2026 BAGI ISI RUMAH, BUJANG & WARGA EMAS
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan dalam Belanjawan 2026 sebagai bantuan tunai utama bagi meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah dan warga emas. Melalui penambahbaikan di bawah kerangka Ekonomi Madani, kerajaan memastikan agihan bantuan lebih tersusun, telus dan tertumpu kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.
Terdapat perubahan dari segi jumlah Bantuan STR 2026. Bagi tahun depan, kategori bujang tidak lagi tersenarai di bawah STR dan akan menerima bantuan melalui program SARA 2026. Bantuan ini membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup, terutama menjelang musim perayaan dan ketika kenaikan harga barang asas.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat kelayakan STR 2026 kekal sama seperti tahun lalu, namun dengan beberapa penambahbaikan kecil bagi memastikan agihan lebih telus dan adil. Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
 - Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
 - Pendapatan RM5000 & ke bawah.
 
 
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
 - Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
 - Berumur 60 tahun ke atas.
 - Pendapatan RM5000 ke bawah.
 
 
JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG AKAN DIBERI
Jumlah bayaran STR 2026 berbeza mengikut kategori penerima layak iaitu isi rumah B40, isi rumah M40 dan warga emas tanpa pasangan. Penerima bujang tidak termasuk dalam agihan bantuan ini. Berikut butirannya:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
 
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | 
|---|---|
| 0 | 700 | 
| 1-2 | 1200 | 
| 3-4 | 1700 | 
| >5 | 2200 | 
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
 
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | 
|---|---|
| 0 | 200 | 
| 1-2 | 450 | 
| 3-4 | 700 | 
| >5 | 950 | 
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
 
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | 
|---|---|
| <RM5000 | 600 | 
CARA JUMLAH BAYARAN STR 2026 DISALURKAN
Jumlah bayaran Bantuan STR 2026 dibuat sama ada melalui kredit terus ke akaun bank atau secara tunai di BSN. Rujuk perincian di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
 
 
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
 
 
PERMOHONAN STR 2026
Permohonan STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2026 di portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my. Semua pemohon perlu daftar akaun baharu MySTR bagi memastikan maklumat terkini sebelum bayaran dibuat. Berikut adalah langkah lengkap permohonan:
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
 - Klik menu “Permohonan Baharu / Kemas Kini STR 2026”
 - Log masuk atau daftar akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan
 - Lengkapkan maklumat peribadi, pendapatan isi rumah, pasangan dan tanggungan
 - Semak semula semua maklumat dan klik Hantar Permohonan
 - Simpan atau cetak resit sebagai rujukan
 
Bagi melancarkan proses semakan dan kelulusan, pemohon disaran menyediakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon dan pasangan
 - Sijil lahir / MyKid anak-anak tanggungan
 - Penyata pendapatan / slip gaji terkini
 - Dokumen perkahwinan atau perceraian (jika berkaitan)
 - Bukti akaun bank aktif
 

KEMASKINI AKAUN BARU MYSTR
Untuk semak status atau kemas kini maklumat STR, anda perlu log masuk ke akaun MySTR terlebih dahulu. Ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
 - Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda di ruangan yang disediakan.
 - Klik pada butang “Log Masuk”.
 - Tekan “Semak” selepas anda memastikan nombor kad pengenalan dimasukkan dengan betul.
 - Jika kata kunci keselamatan (security phrase) yang dipaparkan adalah betul, klik “Ya” untuk meneruskan.
 - Masukkan kata laluan (password) akaun MySTR anda dan klik “Log Masuk” sekali lagi.
 - Selesai.
 
Perhatian: Jika anda pernah memohon STR sebelum ini, status dan maklumat kelayakan akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” dalam portal.

SEMAKAN STATUS JUMLAH STR 2026
Semakan status STR 2026 boleh dibuat melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk ke akaun MySTR, pilih menu “Semakan Status”, dan ikuti langkah yang dipaparkan. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Rujuk panduan lengkap seperti di bawah:
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
 - Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
 - Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
 
 - Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
 
 - Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
 
 - Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
 - Klik pada butang [Semakan 2026].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
 
 - Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status terkini & jumlah bayaran STR 2026 akan dipaparkan.
 
 
SOALAN LAZIM (FAQ) JUMLAH STR 2026
Sehingga kini, maklumat rasmi bagi STR 2026 masih dirangka; kerajaan telah menyatakan peruntukan lebih tinggi untuk STR/SARA dalam Penyataan Pra-Bajet 2026.
STR biasanya dibayar secara berfasa (contoh: Fasa 1, 2, 3, 4).
Fasa 4 untuk STR 2025 bermula 18 Oktober 2025.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Jumlah STR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
 - Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
 - Email : [email protected]