JADUAL STR SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Bermula tahun 2026, kerajaan mengekalkan bantuan tunai utama di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan memperkukuh bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup. Melalui dua inisiatif ini, jadual STR SARA 2026 disusun lebih sistematik. STR disalurkan secara berperingkat, manakala SARA diagihkan setiap bulan terus ke akaun penerima melalui MyKasih.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

STR & SARA 2026
STR 2026 ialah bantuan tunai tahunan kepada isi rumah dan warga emas berpendapatan rendah, manakala SARA 2026 pula bantuan bulanan berbentuk kredit tanpa tunai bernilai RM100 sebulan untuk golongan bujang dan penerima terpilih. Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada agenda Ekonomi Madani bagi memastikan tiada golongan berpendapatan rendah tercicir daripada jaringan keselamatan sosial negara. Jadual STR SARA 2026 yang tersusun lebih kemas akan memberi gambaran lebih jelas tentang jumlah bayaran & penambahbaikan untuk tahun berikutnya.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR & SARA 2026
STR 2026 (Isi Rumah & Warga Emas)
- Warganegara Malaysia.
 - Isi rumah berpendapatan di bawah RM5000 sebulan.
 - Warga emas tanpa pasangan berpendapatan rendah.
 - Pemohon berdaftar dalam pangkalan data LHDN.
 
SARA 2026 (Bujang & Penerima Terpilih)
- Bujang berumur 21 tahun ke atas.
 - Berpendapatan bawah RM2500 sebulan.
 - Penerima STR yang layak secara automatik disenaraikan.
 
JADUAL BAYARAN STR 2026
STR 2026 dijangka dibayar dalam empat fasa utama sepanjang tahun bagi kategori isi rumah dan warga emas. Berikut adalah jadual perincian STR 2026 kategori penerima & jumlah bayaran yang akan diterima:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
 
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | 
|---|---|
| 0 | 700 | 
| 1-2 | 1200 | 
| 3-4 | 1700 | 
| >5 | 2200 | 
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
 
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | 
|---|---|
| 0 | 200 | 
| 1-2 | 450 | 
| 3-4 | 700 | 
| >5 | 950 | 
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
 
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | 
|---|---|
| <RM5000 | 600 | 
*Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau dituntut di cawangan BSN bagi mereka tanpa akaun.
JADUAL BAYARAN SARA 2026
Program SARA 2026 diteruskan dengan kadar RM100 sebulan bagi kategori isi rumah & warga emas & RM50 sebulan bagi kategori bujang selama 12 bulan, bermula Januari hingga Disember 2026. Bantuan diagihkan melalui platform MyKasih bagi pembelian barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih.
| KATEGORI PENERIMA | PENDAPATAN BULANAN  | BAYARAN SARA (SETAHUN)  | 
|---|---|---|
| ISI RUMAH (B40) | <RM2500 | RM1200 | 
| ISI RUMAH (M40) | RM2501-RM5000 | RM1200 | 
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | <RM5000 | RM1200 | 
| BUJANG | <RM2500 | RM1200 | 
*Ada tambahan bayaran SARA sekiranya penerima dalam kategori miskin / miskin tegar eKasih.
Rujuk jadual STR SARA 2026 dibawah untuk perincian lanjut:

SEMAKAN STATUS
SEMAKAN STATUS STR 2026
Untuk menyemak status STR 2026, layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my). Klik Log Masuk MySTR, kemudian pilih Semakan Status. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Hotline BKK di 1-800-88-2747. Langkah penuh semakan STR 2026 adalah seperti berikut:
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
 - Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
 - Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
 
 - Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
 
 - Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
 
 - Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
 - Klik pada butang [Semakan 2026].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
 
 - Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran akan dipaparkan.
 
 

SEMAKAN STATUS SARA 2026
Untuk mengetahui status kelayakan Bantuan SARA 2026, layari Laman Rasmi SARA di sara.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui hotline 1-800-88-2747. Berikut panduan semakan:
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
 - Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
 - Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
 - Tekan butang ‘Semakan Status’
 
 - Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
 - Tarikh program bermula & berakhir
 - Semak baki bantuan
 
 

SOALAN LAZIM (FAQ) JADUAL STR SARA 2026
STR dibayar mengikut fasa, manakala SARA diagih setiap bulan melalui MyKasih.
Permohonan STR 2026 telah dibuka mulai 13 Oktober 2025 secara rasmi.
Ya, perlu kemaskini permohonan bagi tahun 2026 untuk pastikan maklumat masih tepat.
Bantuan SARA dimasukkan ke MyKad dan boleh digunakan di pasar raya terpilih.
Tidak boleh. SARA hanya untuk beli barangan keperluan asas.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Jadual STR SARA 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
 - Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
 - Email : [email protected]
 - Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
 - Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
 - Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
 - Emel MyKasih: [email protected]