CHECK BUDI MADANI: SEMAKAN STATUS SUBSIDI PETROL RON95

CHECK BUDI MADANI: SEMAKAN STATUS SUBSIDI PETROL RON95

Kerajaan melalui inisiatif Budi Madani (BUDI95) menyediakan kemudahan semakan status subsidi petrol RON95 secara dalam talian. Bermula 30 September 2025, rakyat Malaysia yang layak boleh menikmati harga subsidi RM1.99 seliter dengan kuota sehingga 300 liter sebulan. Rakyat boleh check status Budi Madani dengan mudah melalui portal rasmi atau aplikasi yang disediakan. Segala maklumat terkini telah kami kongsikan di sini.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU BUDI MADANI?

Budi Madani RON95 merupakan program subsidi petrol bersasar yang dihubungkan dengan MyKad. Dengan sistem ini, rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol bersubsidi tanpa perlu melalui proses permohonan yang rumit. Caranya mudah sahaja – hanya isi minyak petrol RON95 seperti biasa, sahkan dengan MyKad, dan harga subsidi akan terus digunakan secara automatik.

APA ITU BUDI MADANI

SYARAT KELAYAKAN BUDI RON95

Untuk mendapat subsidi Budi Madani RON95, pengguna perlu memenuhi beberapa syarat asas. Dengan syarat yang mudah ini, lebih ramai rakyat Malaysia layak menikmati harga subsidi tanpa halangan besar. Antara syarat kelayakannya ialah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah.
  • Mempunyai kenderaan berdaftar di JPJ sama ada kereta atau motosikal.
  • Berumur 16 tahun ke atas.
  • Termasuk pekerja gig yang menggunakan kenderaan untuk mencari rezeki.

Nota Tambahan: Pastikan MyKad dalam keadaan baik dan cip tidak rosak.

BERAPA JUMLAH BANTUAN BUDI MADANI YANG DISALURKAN?

Melalui program Budi Madani RON95, rakyat Malaysia yang layak dapat membeli petrol pada harga RM1.99 seliter. Kadar ini jauh lebih rendah dan sangat berpatutan berbanding harga pasaran yang dijangka melebihi RM3 seliter. Perbezaan harga tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sebagai subsidi kepada rakyat.

HARGA RON95

KUOTA BUDI MADANI E-HAILING 2026

Kerajaan memperkenalkan had kuota bersasar bagi pemandu e-hailing berdasarkan jumlah jarak perjalanan setiap bulan. Langkah ini bertujuan mengurangkan kos operasi pemandu, mengekalkan kadar tambang yang berpatutan, serta memastikan bantuan diberikan kepada pemandu aktif yang benar-benar layak.

KUOTA BUDI MADANI E-HAILING 2026
JUMLAH JARAK PERJALANANKUOTA BUDI 95
Kurang 2,000 km300 liter
2,000 km hingga 5,000 km600 liter (300 + 300 liter)
Lebih 5,000 km800 liter (300 + 500 liter)
KUOTA BUDI MADANI E-HAILING 2026

Penetapan kuota ini dibuat berdasarkan data jarak perjalanan bulanan yang direkodkan oleh semua pengendali e-hailing. Data tersebut diselaraskan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tepat dan teratur.

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Pemandu e-hailing aktif
    • Mestilah berdaftar dan aktif dengan syarikat e-hailing yang diiktiraf APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat).
    • Kelayakan subsidi ditentukan berdasarkan jumlah jarak yang direkodkan dalam sebulan.
  • Pemandu Teksi Lapangan Terbang
    • Termasuk dalam skim jika beroperasi di bawah syarikat berlesen APAD.
    • Layak menerima kuota subsidi melalui Fleet Card di bawah skim subsidi petrol KPDN.
    • Limousin lapangan terbang yang tidak dikawal tambangnya oleh APAD tidak layak.

Permohonan dilakukan sepenuhnya dalam talian melalui portal rasmi: https://mysubsidi.kpdn.gov.my

CARA CHECK STATUS BUDI MADANI

CHECK BUDI MADANI MELALUI PORTAL RASMI

  1. Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ bermula 25 September 2025.
  2. Klik “Semak Kelayakan Individu”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
  4. Paparan akan menunjukkan penggunaan subsidi harian, baki kelayakan, dan had maksimum 300 liter sebulan.
CARA CHECK STATUS BUDI MADANI

CHECK BUDI MADANI MELALUI APLIKASI SETEL

  1. Muat turun aplikasi Setel di https://www.setel.com/
  2. Klik ‘Check Eligibility’ (Nota: Akaun mesti disahkan melalui proses verifikasi).
  3. Jika layak, baki subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi.
APLIKASI SETEL

SOALAN LAZIM (FAQ) CHECK BUDI MADANI

Adakah skim ini melibatkan semua rakyat Malaysia?

Ya, selagi memenuhi syarat kelayakan.

Kenapa kerajaan perkenalkan skim subsidi petrol bersasar ini?

Untuk mengurangkan kos sara hidup dan mengelakkan ketirisan subsidi kepada golongan tidak layak.

Bagaimana skim ini membantu rakyat dari segi kos sara hidup?

Dengan harga lebih rendah berbanding pasaran, rakyat jimat puluhan ringgit setiap bulan.

Adakah pemilik MyPR atau MyKAS boleh menikmati subsidi ini?

Tidak, hanya pemegang MyKad warganegara diterima.

Perlu daftar atau mohon skim ini secara manual?

Tidak perlu, sistem automatik menggunakan MyKad.

Adakah harga subsidi petrol terus ditolak semasa pembayaran?

Ya, harga dipaparkan sudah termasuk subsidi yang diberikan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Check Budi Madani ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment