CARA SEMAK DUIT DALAM IC : PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS SARA 2025

CARA SEMAK DUIT DALAM IC : PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS SARA 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan inisiatif kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40 dan M40. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan kewangan secara terus ke dalam MyKad masing-masing bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas. Untuk tahun 2025, bantuan ini diteruskan melalui pelaksanaan Belanjawan 2025 yang menekankan keperluan rakyat dalam menghadapi tekanan ekonomi semasa. Oleh itu, penting untuk orang ramai mengetahui cara semak duit dalam IC bagi mengetahui status kelayakan dan jumlah bantuan yang diterima.

Bagaimanakah cara nak semak duit bantuan dalam IC? Artikel ini akan memberikan panduan lengkap semakan bantuan SARA 2025 secara mudah dan pantas.

BACA JUGA: CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN DUIT SARA DALAM IC

Bantuan duit dalam IC hanya akan disalurkan kepada pemohon yang memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
  • Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

TARIKH BAYARAN SARA DALAM IC

Setiap kategori kelayakan penerima akan menerima bantuan duit dalam IC pada tarikh yang berbeza seperti butiran di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM IC

Penerima SARA MyKasih akan menerima bantuan secara tanpa tunai terus ke dalam IC, dengan jumlah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*TERKINI & RASMI BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF RM100 SARA UNTUK SEMUA

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
  • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

SEMAKAN STATUS DUIT DALAM IC 2025

Semakan status duit bantuan SARA dalam IC boleh dilakukan secara dalam talian melalui 2 platform rasmi. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:

SEMAKAN DUIT DALAM IC MELALUI PORTAL MYSTR

LOGIN SEMAKAN STATUS SARA DALAM IC 2025
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN DUIT DALAM IC MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN STATUS SARA DALAM IC 2025
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

CARA SEMAK DUIT DALAM IC

Selain melalui portal rasmi, penerima bantuan yang layak juga boleh membuat semakan baki duit dalam IC melalui kaunter pembayaran di kedai atau pasar raya terpilih. Berikut disertakan panduan untuk membuat semakan di kaunter:

SEMAK DUIT DALAM IC DI KAUNTER PASARAYA

  1. Kunjungi pasaraya terlibat

    Pergi ke mana-mana pasaraya rakan niaga MyKasih seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, atau lain-lain yang mengambil bahagian.

  2. Maklumkan kepada juruwang

    Beritahu juruwang anda ingin membuat semakan baki bantuan SARA MyKasih.

  3. Serahkan IC

    Berikan IC anda untuk diproses melalui mesin pembayaran elektronik mereka.

  4. Terima resit semakan

    Juruwang akan membantu semak dan memberikan resit yang memaparkan baki bantuan yang masih ada.

RUJUKAN

Panduan bagi Cara Semak Duit Dalam IC ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment