BANTUAN TUNAI STR 2026 : DAFTAR AKAUN, PERMOHONAN BARU, KEMASKINI

BANTUAN TUNAI STR 2026 : DAFTAR AKAUN, PERMOHONAN BARU, KEMASKINI

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan oleh kerajaan sebagai inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia. Melalui STR 2026, golongan isi rumah, warga emas dan penerima layak boleh membuat permohonan baru Bantuan Tunai STR 2026, kemaskini maklumat, serta daftar akaun MySTR secara dalam talian. Proses pendaftaran telah dibuka dan boleh dibuat sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ikuti artikel ini untuk maklumat lengkap

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT BANTUAN TUNAI STR 2026?

Syarat kelayakan Bantuan Tunai STR 2026 dikekalkan seperti tahun sebelumnya, dengan sedikit penambahbaikan bagi memastikan agihan bantuan lebih telus dan adil. Berikut syarat kelayakannya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman: Bagi tahun 2026, kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

BERAPA JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2026 YANG DISALURKAN?

Jumlah bayaran STR 2026 berbeza mengikut kategori penerima yang layak; isi rumah B40, isi rumah M40, dan warga emas tanpa pasangan. Semak butiran penuh di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR?

Mulai tahun 2026, semua penerima termasuk pengguna baharu dan sedia ada perlu mendaftar akaun MySTR bagi melancarkan semakan status dan akses maklumat bantuan. Berikut langkahnya:

CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR
  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR

BANTUAN TUNAI STR 2026 PERMOHONAN BARU

Permohonan baru Bantuan Tunai STR 2026 boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau secara manual di kaunter LHDN. Rujuk panduan lengkap di bawah:

Permohonan Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.
BANTUAN TUNAI STR 2026 PERMOHONAN BARU

Permohonan Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN STR

Proses kemaskini Bantuan Tunai STR 2026 boleh dilakukan secara digital tanpa perlu hadir ke kaunter LHDN. Semak langkah lengkap seperti di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  2. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  3. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  4. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  5. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  6. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  7. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.
KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN STR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah perlu daftar akaun MySTR baru walaupun sudah ada?

Ya. Semua pemohon diwajibkan daftar semula akaun MySTR baharu bagi tahun 2026.

Bagaimana jika saya tiada akaun bank?

Bayaran boleh dituntut secara tunai di BSN mengikut jadual yang diumumkan.

Apa perlu buat jika status permohonan ditolak?

Pemohon boleh buat rayuan STR 2026 dalam tempoh yang diumumkan oleh LHDN.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Tunai STR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment