Bantuan Lesen Memandu Percuma: Semak Kelayakan dan Permohonan 2025
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melancarkan Program MyLesen B2 Tahun 2025. Ini sebagai satu inisiatif proaktif bagi membantu golongan belia dan kumpulan B40 memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma. Program ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, khususnya pelajar dan belia daripada keluarga berpendapatan rendah, malah ia turut menyokong agenda kerajaan dalam memperluas akses kepada kemahiran pemanduan yang sah dan selamat. Dengan pelaksanaan program ini yang bersasar mengikut negeri dan dibuka mulai Februari hingga Oktober 2025 seperti tahun sebelumnya.
Lihat Juga: Semak Senarai Barang MyKasih 2025
Objektif Program
Berikut ialah objektif utama Program MyLesen B2 Tahun 2025 berdasarkan kenyataan rasmi dan maklumat daripada sumber JPJ:
- Membantu Golongan B40 Memperoleh Lesen Memandu Secara Percuma
Memberikan peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Khususnya belia dan pelajar dalam kategori B40, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM).
- Meningkatkan Tahap Keselamatan Jalan Raya
Menggalakkan pemilikan lesen sah dalam kalangan penunggang motosikal. Ia sekali gus mengurangkan jumlah penunggang tanpa lesen dan meningkatkan tahap pematuhan undang-undang lalu lintas.
- Menambah Baik Peluang Pekerjaan dan Mobiliti Sosial
Lesen motosikal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor penghantaran, logistik dan perkhidmatan yang memerlukan kemahiran memandu, terutamanya bagi belia luar bandar.
- Membina Jati Diri dan Tanggungjawab Sosial
Melahirkan individu yang bertanggungjawab, berdisiplin serta sedar akan pentingnya keselamatan dan undang-undang jalan raya.
- Mengurangkan Beban Kewangan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
Dengan pembiayaan penuh oleh kerajaan, program ini membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga B40, khususnya dalam menyediakan keperluan asas mobiliti untuk anak-anak mereka.
- Menyokong Dasar Pembangunan Belia Negara
Program ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan potensi belia melalui inisiatif pendidikan bukan formal yang meningkatkan kemahiran hidup dan kebolehpasaran.
Kelayakan Bantuan Lesen Memandu Percuma
Bagi memastikan program ini dapat dimanfaat kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan oleh kerajaan:
- Warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun.
- Pelajar sekolah, institut pengajian tinggi, atau golongan belia daripada keluarga B40 dan tanggungan.
- Sihat fizikal dan mental.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia pada masa permohonan.
- Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta, atau institusi kewangan.
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma
Permohonan untuk program MyLesen B2 2025 boleh dilakukan secara dalam talian atau manual melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri masing-masing. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
- Muat turun Borang Permohonan – Pemohon perlu mendapatkan borang permohonan daripada laman web JPJ atau pejabat JPJ negeri yang terlibat.
- Isi Maklumat Lengkap – Pemohon perlu mengisi maklumat peribadi dengan lengkap serta menyediakan dokumen sokongan. Seperti salinan kad pengenalan dan bukti pendapatan keluarga.
- Hantar Borang ke JPJ Negeri – Setelah borang lengkap diisi, ia perlu dihantar ke pejabat JPJ negeri atau cawangan yang berdekatan.
- Menunggu Keputusan – Permohonan akan diproses, dan pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui emel atau panggilan telefon.
- Menghadiri Kursus dan Latihan – Pemohon yang berjaya akan diberikan jadual untuk menghadiri kursus latihan dan ujian memandu.
Nota: Jumlah kuota adalah berbeza mengikut negeri. Sila semak di pejabat JPJ berhampiran negeri masing-masing untuk semakan terkini.
Cabaran Dalam Pelaksanaan Program
Walaupun program ini memberikan banyak manfaat, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan dan agensi pelaksana:
- Permintaan Tinggi – Oleh kerana program ini percuma, jumlah permohonan mungkin melebihi kuota yang ditetapkan.
- Ketirisan dan Penyalahgunaan – Terdapat risiko bahawa pihak yang tidak layak cuba mendapatkan manfaat daripada program ini.
- Kapasiti Pusat Latihan – Pusat latihan memandu perlu memastikan mereka mempunyai tenaga pengajar dan fasiliti yang mencukupi untuk menampung jumlah peserta yang tinggi.
- Kesedaran dan Promosi – Tidak semua individu yang layak mengetahui tentang program ini, oleh itu kempen promosi yang berkesan perlu dilakukan.
Rujukan
- Laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) – https://www.jpj.gov.my/
- Kementerian Pengangkutan Jalan Malaysia (MOT) – https://www.mot.gov.my/
- Laman Facebook rasmi (JPJ) negeri
Penafian
Maklumat yang disediakan dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber rasmi dan laporan media terkini pada tarikh penulisan. Sebarang perubahan, penambahan atau pengumuman lanjut berkaitan Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah tertakluk kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pembaca digalakkan untuk merujuk laman web rasmi www.jpj.gov.my atau media sosial rasmi JPJ negeri masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini dan tepat.