SEMAKAN STR 2025 FASA 4 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR
Kerajaan telah membuka Semakan STR 2025 Fasa 4 bagi membolehkan penerima menyemak status bayaran Bantuan Tunai MySTR secara dalam talian. Melalui semakan ini, penerima boleh mengetahui jumlah yang akan diterima mengikut kategori isi rumah, warga emas atau bujang.
Pastikan maklumat akaun bank dan profil MySTR dikemas kini bagi melancarkan proses pembayaran STR.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Setiap penerima STR Fasa 4 2025 perlu menepati syarat tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan bantuan diagihkan dengan telus. Lihat perincian syarat berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Maklumat Tambahan: Sekiranya pemohon bujang berumur 21 tahun ke atas atau OKU berumur 19 tahun ke atas masih menuntut di IPTA/IPTS, mereka hanya layak sebagai tanggungan isi rumah dan tidak boleh membuat permohonan sendiri.
BILA TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 4?
STR Fasa 4 2025 akan mula dikreditkan lebih awal bermula 18 Oktober 2025, sempena Deepavali, seperti diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2026. Jadual di bawah menunjukkan perincian tarikh bagi setiap fasa bantuan:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 22-28 JANUARI |
FASA 2 | 24 MAC |
FASA 3 | 12 OGOS |
FASA 4 | 18 OKTOBER |

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2025 FASA 4 YANG DISALURKAN?
Dalam Fasa 4 ini, bantuan STR 2025 diteruskan dengan jumlah bayaran antara RM150 hingga RM700. Jumlahnya bergantung pada kategori penerima. Senarai lengkap ada di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
>5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
>5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR 2025 DIAGIHKAN?
Cara bayaran STR 2025 Fasa 4 ditetapkan mengikut status penerima. Bagi penerima berakaun, bayaran dikredit terus, manakala penerima tanpa akaun akan menerima secara tunai di BSN. Lihat perincian berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN STR 2025 FASA 4
Semakan bantuan STR 2025 Fasa 4 boleh dilakukan di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk akaun MySTR, tekan Semakan Status, dan pastikan data anda dikemas kini. Untuk bantuan, hubungi Hotline BKK 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Ini langkah daftar akaun MySTR baru bagi pengguna sedia ada:
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STR 2025 FASA 4
MySTR ialah sistem dalam talian untuk semak status, kemas kini maklumat, dan lihat sejarah bayaran STR.
Boleh, klik “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk dan ikut arahan melalui emel atau SMS.
Ya, asalkan nama tersenarai sebagai penerima sah. Tapi disarankan semak supaya elak kesilapan maklumat bank.
Ya, boleh. Setiap tahun kerajaan buka ruang pendaftaran baru untuk semakan semula kelayakan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan STR 2025 Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/