Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40 dan M40. Bantuan ini diagihkan secara berfasa sepanjang tahun dan melibatkan jumlah bayaran yang berbeza mengikut kategori isi rumah, bujang, atau warga emas. Tarikh STR Fasa 3 bagi tahun 2025 kini menjadi tumpuan ramai. Fasa 3 merupakan antara fasa yang paling dinantikan penerima bagi mendapatkan bantuan seterusnya. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan terus komited menyalurkan bantuan bersasar agar bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Nak tahu bila tarikh STR Fasa 3? Ketahui segala info lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CHECK JADUAL TERKINI PEMBAYARAN FASA 3 STR (2025)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Untuk memastikan bantuan STR disalurkan kepada yang memerlukan, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi mengikut kategori pemohon. Antaranya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Setiap penerima akan menerima jumlah bantuan berbeza mengikut kategori kelayakan mereka. Lihat jadual di bawah untuk butiran lengkap bantuan yang layak diterima:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
TIADA ANAK | RM1000 |
1-2 ANAK | RM1500 |
3-4 ANAK | RM2000 |
5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
TIADA ANAK | RM500 |
1-2 ANAK | RM750 |
3-4 ANAK | RM1000 |
5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Pembayaran STR dilaksanakan melalui dua cara utama, disesuaikan mengikut jenis penerima seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
CARA SEMAK STATUS STR FASA 3
Semakan status terkini STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL STR
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
TARIKH STR FASA 3
Bantuan STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pastinya menantikan pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 22-28 JANUARI |
FASA 2 | 24 MAC |
FASA 3 | OGOS |
FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini semula mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi Tarikh STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]