TARIKH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026 – UNTUK SEMAK ANDA LULUS ATAU GAGAL BAGI BAYARAN FASA 1

TARIKH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026 – UNTUK SEMAK ANDA LULUS ATAU GAGAL BAGI BAYARAN FASA 1

Semakan status kelayakan STR 2026 penting bagi menentukan sama ada seseorang pemohon layak menerima bayaran bagi Fasa 1 nanti. Setiap tahun, data penerima akan dinilai semula berdasarkan maklumat isi rumah, pendapatan dan kategori pemohon. Walaupun tarikh rasmi pembayaran Fasa 1 belum diumumkan, pemohon sudah boleh membuat semakan status kelayakan STR 2026 melalui portal rasmi bagi mengetahui status lulus, gagal, atau perlu kemaskini. Semakan awal membantu mengelakkan sebarang isu semasa pembayaran bermula nanti.

Lanjutkan bacaan anda di bawah untuk info penuh.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Kelayakan STR 2026 ditentukan berdasarkan kategori penerima dan paras pendapatan isi rumah. Kategori yang layak disenaraikan adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

*Kategori bujang tidak lagi tersenarai dalam STR kerana telah digantikan dengan SARA 2026.

BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 DIKREDITKAN?

Setakat ini, tiada tarikh rasmi pembayaran Fasa 1 diumumkan oleh kerajaan. Tarikh akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi dibuat.

*Pembayaran Fasa 1 STR 2025 pernah dibuat pada bulan Januari namun jadual 2026 mungkin berbeza bergantung kepada keputusan kewangan kerajaan.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN?

Bayaran STR 2026 diagihkan mengikut kategori penerima. Jumlah bantuan berbeza bergantung kepada status keluarga, pendapatan dan bilangan tanggungan. Perincian jumlah bayaran boleh dirujuk melalui jadual rasmi STR seperti berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN

TARIKH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026

Semakan status kelayakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa ketetapan tarikh tertentu melalui Portal MySTR kerana ia sentiasa dibuka untuk semakan, kemaskini dan permohonan baharu. Pemohon disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa. Ikuti langkah mudah berikut:

  1. Layari portal rasmi MySTR 2026: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan disediakan dan klik [Semak].
  4. Semak kata kunci keselamatan. Klik [Ya] jika betul.
  5. Masukkan Kata Laluan yang didaftarkan semasa pendaftaran akaun.
  6. Klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, paparan Dashboard MySTR akan muncul.
  8. Untuk semak status permohonan, tekan [Semakan Permohonan].
  9. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
TARIKH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026

PENDAFTARAN AKAUN MYSTR

Semua penerima, sama ada baharu atau sedia ada, perlu mempunyai akaun MySTR. Proses pendaftaran & tarikh semakan status kelayakan STR 2026 dilakukan sepenuhnya melalui portal MySTR dan hanya memerlukan nombor IC serta maklumat asas pemohon. Berikut adalah langkah penuh pendaftaran MySTR:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
PENDAFTARAN AKAUN MYSTR

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan buat semakan status kelayakan serta tarikh bayaran STR 2026 secara online.

CARA KEMASKINI STR

Maklumat peribadi yang tidak tepat boleh menjejaskan kelayakan STR 2026. Proses kemaskini perlu dilakukan melalui portal MySTR mengikut arahan yang disediakan dalam sistem seperti langkah-langkah di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini.
  5. Simpan maklumat baharu.
  6. Sahkan Kod Captcha.
  7. Hantar borang kemas kini.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya.
CARA KEMASKINI STR

BAGAIMANA CARA MOHON STR?

Individu yang belum pernah memohon tetapi memenuhi syarat layak boleh menghantar permohonan STR 2026 secara dalam talian. Cara permohonan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pergi ke bahagian Permohonan :
    • Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
    • Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
  5. Maklumat individu akan dipaparkan :
    • Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi :
    • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi halaman permohonan seterusnya :
    • Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
  8. Pilih Status Perkahwinan.
  9. Lengkapkan maklumat pasangan :
    • Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
  10. Isikan maklumat anak (jika ada).
  11. Muat naik dokumen sokongan.
  12. Masukkan maklumat waris.
  13. Sahkan kod Captcha.
  14. Hantar borang permohonan.
  15. Bagi permohonan Bantuan STR 2026 yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
BAGAIMANA CARA MOHON STR

SOALAN LAZIM (FAQ) TARIKH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026

Bila tarikh semakan status kelayakan STR 2026 dibuka?

Semakan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum pembayaran Fasa 1, melalui portal MySTR.

Apakah maksud status “Lulus” dalam STR?

Ia menunjukkan pemohon layak menerima bantuan mengikut kategori.

Kenapa status saya “Gagal”?

Status gagal biasanya berlaku kerana pendapatan melebihi had atau maklumat tidak tepat.

Apa maksud status “Perlu Kemaskini”?

Pemohon perlu mengemaskini maklumat sebelum kelayakan dapat diproses semula.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Tarikh Semakan Status Kelayakan STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment