SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS FASA 3 2025
Kerajaan Negeri Sabah meneruskan pelaksanaan Bantuan Syukur Sabah Fasa 3 tahun 2025 sebagai usaha membantu rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini memberi manfaat kepada isi rumah berpendapatan rendah, khususnya di kawasan luar bandar. Program ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat Sabah.
Semakan status Syukur Sabah penting supaya penerima dapat mengetahui kelulusan, jumlah bantuan, dan tarikh pembayaran yang dijadualkan. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?
Bantuan SYUKUR Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang mula dilaksanakan sejak awal 2025. Bantuan tunai bersasar ini disalurkan secara automatik kepada rakyat yang benar-benar layak melalui data eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Negeri Sabah) . Setiap penerima akan menikmati jumlah RM900 bagi setiap fasa bersamaan RM300 sebulan selama tiga bulan terus ke tangan rakyat tanpa perlu memohon.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Terdapat syarat asas dan juga syarat khas yang telah ditetapkan mengikut kategori penerima bantuan Syukur Sabah. Jom semak syarat lengkap di bawah:
SYARAT ASAS SYUKUR SABAH
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.
- Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
- Mempunyai MyKad dengan status ‘H’.
Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
- Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).
SYARAT KHAS MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
- B40 (pendapatan < RM1,218)
- Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
- M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
- Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.
JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH YANG DIAGIHKAN
Jumlah bayaran yang diterima adalah sama untuk semua penerima yang layak. Bagi kategori miskin, setiap isi rumah akan menerima RM900 bagi setiap fasa. Sementara itu, bagi kategori miskin tegar, jumlah bantuan adalah lebih tinggi iaitu RM1800, dan ia akan diagihkan kepada dua orang penerima dalam satu isi rumah. Berikut perinciannya:
FASA BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | RM900 |
FASA 2 | RM900 |
FASA 3 | RM900 |
FASA 4 | RM900 |
TARIKH BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3
Bayaran bantuan Syukur Sabah disalurkan secara berperingkat iaitu sebanyak 4 fasa. Fasa 1 dan 2 telah selesai proses pembayaran kepada penerima bantuan. Bagi fasa 3, bayaran akan dilaksanakan pada bulan September. Rujuk jadual dibawah bagi fasa bantuan dan tarikh bayaran:
FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | JANUARI 2025 |
FASA 2 | APRIL 2025 |
FASA 3 | SEPTEMBER 2025 |
FASA 4 | NOVEMBER 2025 |
CARA BAYARAN SYUKUR SABAH DISALURKAN
Bagi memudahkan penerima bantuan, bayaran Syukur Sabah akan disalurkan melalui 3 cara iaitu:
- Kredit terus ke akaun bank penerima.
- Tunai secara fizikal.
- Kredit ke dalam eWallet YONO.
SYUKUR SABAH SEMAKAN
Penerima bantuan Syukur Sabah boleh membuat semakan status Fasa 3 secara online melalui 2 cara iaitu semakan status di laman rasmi https://syukur.sabah.gov.my dan melalui aplikasi Yono Superapp. Langkah lengkap semakan bantuan Syukur Sabah adalah seperti berikut:
SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
- Klik “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
- Tekan butang Semak
- Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH MELALUI APLIKASI
- Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
- Log masuk atau daftar akaun.
- Pilih menu Bantuan SYUKUR.
- Status bayaran & baki akan terpapar.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, rayuan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan melalui saluran rasmi.
Keputusan pelaksanaan bergantung kepada dasar kerajaan negeri dan peruntukan semasa.
Penerima boleh hubungi talian hotline yang disediakan oleh kerajaan negeri atau Pejabat Daerah terdekat untuk bantuan lanjut.
RUJUKAN
Panduan bagi Syukur Sabah Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my
- Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
- Talian Whatsapp: 010-5828207