STR RAYUAN FASA 4 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

STR RAYUAN FASA 4 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bagi penerima yang tidak tersenarai atau ditolak dalam fasa sebelum ini, kerajaan membuka peluang rayuan STR Fasa 4 2025 bagi memastikan bantuan diagihkan secara adil kepada yang benar-benar layak. Melalui proses rayuan ini, pemohon boleh menyemak semula maklumat serta mengemukakan dokumen sokongan bagi semakan semula kelayakan.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara semak status rayuan STR Fasa 4, jumlah bayaran dan info penting berkaitan bantuan.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?

Setiap penerima STR perlu menepati syarat tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan bantuan diagihkan dengan telus. Lihat perincian syarat berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota: Bagi pelajar IPTA/IPTS berstatus bujang, permohonan hanya boleh dibuat melalui kategori isi rumah. Permohonan sebagai individu bujang tidak dibenarkan.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 YANG DISALURKAN?

Jumlah bayaran STR Fasa 4 adalah berbeza mengikut kategori penerima, iaitu dari RM150 hingga RM700. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat lanjut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 YANG DISALURKAN

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?

Bayaran STR Fasa 4 diagihkan secara dua cara; terus ke akaun bank penerima yang aktif atau melalui pembayaran tunai di BSN bagi yang tiada akaun. Lihat maklumat penuh di bawah:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN?

Kerajaan telah mengesahkan bahawa bayaran STR Fasa 4 2025 akan dibuat lebih awal, iaitu mulai 18 Oktober 2025, sempena Deepavali. Bagi penerima yang membuat rayuan, STR Fasa 4 akan mula diagihkan pada 13 November 2025. Lihat jadual di bawah untuk perincian bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4Penerima Sedia Ada : 18 OKTOBER 2025 (secara berperingkat)
Penerima Tunai Tiada Akaun : Mulai 21 OKTOBER 2025
Penerima Baru & Rayuan : Mulai 13 NOVEMBER 2025
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN

STR RAYUAN FASA 4 SEMAKAN STATUS

Status bayaran rayuan STR Fasa 4 boleh disemak melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk akaun MySTR dan klik Semakan Status. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi BKK di 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Pastikan maklumat anda dikemas kini sebelum membuat semakan rayuan STR Fasa 4. Berikut langkah daftar akaun baharu MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi STR:
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR AKAUN BARU MYSTR

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
STR RAYUAN FASA 4 SEMAKAN STATUS

SOALAN LAZIM (FAQ) STR RAYUAN FASA 4

STR dibayar secara automatik ke setiap fasa?

Ya, bagi penerima sedia ada yang lulus, bayaran akan dikredit secara automatik tanpa perlu mohon semula.

STR Fasa 4 ni termasuk penerima baharu dan rayuan ke?

Ya, jika permohonan baru mereka telah diluluskan sebelum fasa ini.

Apa perlu dibuat kalau status semakan masih “Tiada Rekod”?

Mungkin data belum dikemas kini. Semak semula selepas beberapa hari atau hubungi LHDN.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Rayuan Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment