STR 2026 BERKAHWIN : SEMAK KELAYAKAN, JUMLAH BAYARAN & CARA MOHON
Program STR 2026 Berkahwin merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, khususnya dalam golongan B40 dan M40. Bantuan tunai ini bertujuan mengurangkan beban kewangan isi rumah melalui pengagihan bantuan yang lebih menyeluruh dan bersasar.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui syarat kelayakan, jumlah bayaran serta panduan lengkap cara membuat permohonan STR 2026 bagi isi rumah berkahwin.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026 BERKAHWIN?
Syarat kelayakan STR 2026 bagi pasangan yang berkahwin masih sama seperti tahun sebelumnya bagi memastikan agihan bantuan adil dan telus. Berikut perinciannya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
Syarat kelayakan untuk kategori warga emas tiada pasangan adalah seperti butiran di bawah:
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman penting: Kategori bujang digugurkan daripada STR 2026 dan akan menerima manfaat melalui Program SARA yang berasingan.
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 BERKAHWIN YANG DISALURKAN?
Jumlah bayaran STR 2026 berbeza mengikut kategori penerima berkahwin yang layak sama ada isi rumah B40 atau isi rumah M40. Semak butiran penuh di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BUILANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BUILANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
CARA DAFTAR & SEMAK AKAUN BARU MYSTR
Sama ada anda penerima lama atau baru, pendaftaran akaun MySTR tetap diperlukan bagi mengakses semakan status dan info STR 2026. Berikut langkah-langkahnya:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

BAGAIMANA CARA PERMOHONAN BAGI ISI RUMAH BERKAHWIN STR 2026?
STR 2026 kategori isi rumah berkahwin boleh dimohon menerusi dua cara; atas talian melalui portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau manual di cawangan LHDN berdekatan. Lihat langkah-langkah berikut:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026
Proses kemaskini STR 2026 boleh dilakukan secara digital tanpa perlu hadir ke kaunter LHDN. Hanya log masuk ke akaun MySTR dan sahkan maklumat anda. Butirannya seperti berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Permohonan”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, layak jika sudah berdaftar sebagai pasangan sah dalam sistem JPN dan memenuhi kriteria pendapatan isi rumah.
Tidak perlu, tetapi kemaskini maklumat wajib dibuat jika terdapat perubahan status seperti perkahwinan, anak, atau pendapatan.
Bayaran dijangka dibuat secara berperingkat mulai suku pertama tahun 2026.
Ya, selagi memenuhi syarat pendapatan isi rumah yang ditetapkan dalam kategori B40 atau M40.
Layak, kerana penilaian kelayakan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah, bukan individu.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR 2026 Berkahwin ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/