SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

Melalui program SARA MyKasih 2025, penerima boleh menggunakan RM100 bulanan dan bayaran one-off untuk membeli barang asas di kedai terpilih. Segala transaksi dibuat terus melalui MyKad tanpa perlu tunai, menjadikan ia lebih mudah dan selamat. Bantuan ini diumumkan dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat. Ia diharapkan dapat memberi kelegaan besar kepada jutaan penerima daripada kalangan B40 dan M40.

Oleh itu, penerima digalakkan untuk membuat semakan awal senarai barang yang boleh dibeli guna bantuan SARA dalam MyKad. Ikuti artikel ini untuk maklumat lengkap.

BACA JUGA: SEMAK CARA PEMBELIAN BARANG ASAS GUNA BANTUAN MYKASIH 2025

SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI

Ada 14 kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025, berserta contoh jenama popular bagi setiap kategori:

KATEGORI BARANGANCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
KEPERLUAN SEKOLAHStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
PRODUK KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso
SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI

SENARAI KEDAI BARANG MYKASIH

Ada lebih 7300 kedai dan pasar raya terpilih yang penerima bantuan boleh buat pembelian SARA MyKasih. Antara kedai popular rakan niaga SARA MyKasih 2025 yang biasanya barang asas boleh dibeli oleh penerima yang layak (bergantung pada lokasi) ialah:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Giant
  • Billion
  • The Store
  • Aeon Big
  • TF Value Mart
  • 99 Speedmart
  • KK Super Mart
  • Pasaraya Fresh Grocer
  • Super Seven

NOTA TAMBAHAN: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Program SARA MyKasih membolehkan penerima membeli barangan asas harian di pasar raya dan kedai terpilih. Seorang suri rumah berkata:

“Syukur, dengan bantuan ni saya boleh beli beras, minyak, telur dan susu anak. Sangat membantu setiap bulan.”

Namun, ada juga penerima yang meluahkan rasa tidak puas hati. Seorang bapa di Selangor berkongsi:

“Masa sistem MyKasih bermasalah, memang susah. Barang dapur dah pilih tapi tak boleh bayar. Harap sistem lebih stabil lepas ni.”

SOALAN LAZIM (FAQ) SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI

Apa beza SARA MyKasih dengan SARA One-Off RM100?

SARA MyKasih adalah bantuan bulanan RM100 sehingga akhir 2025. Manakala SARA One-Off RM100 ialah bayaran sekali sahaja yang diumumkan Perdana Menteri.

Bagaimana cara semak status SARA MyKasih 2025?

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi menggunakan nombor kad pengenalan (MyKad).

Duit bantuan ini masuk akaun atau MyKad?

Bantuan RM100 terus dikreditkan ke MyKad, bukan ke akaun bank.

RUJUKAN

Panduan bagi Senarai Barang Yang Boleh Dibeli ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment