SEMAKAN STR FASA 4 : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pada tahun 2025, kerajaan terus mengekalkan komitmen dalam membantu rakyat melalui pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025. Selepas pembayaran STR Fasa 3 dilaksanakan sebelum ini, kini perhatian tertumpu kepada pembayaran STR Fasa 4 yang menjadi fasa terakhir untuk tahun ini. Bantuan ini memberi manfaat besar kepada golongan B40 dan M40, melibatkan 8.6 juta penerima di seluruh negara. Tujuan utama STR adalah bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah, warga emas, dan individu bujang. Melalui pengagihan bantuan secara berfasa, penerima dapat menguruskan keperluan harian dengan lebih stabil dan terancang.
Kerajaan telah menyediakan semakan status STR Fasa 4 secara atas talian untuk memudahkan penerima mengetahui sama ada mereka layak atau tidak. Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: CHECK STATUS BAYARAN STR FASA 3 2025
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Bagi memastikan bantuan STR diterima oleh golongan yang benar-benar layak, syarat kelayakan telah ditetapkan mengikut kategori pemohon iaitu isi rumah, warga emas dan bujang.
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Makluman: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 BERAPA?
STR Fasa 4 menetapkan kadar bayaran berbeza bagi setiap kategori penerima, bermula dari RM150 sehingga RM700. Jadual berikut menunjukkan jumlah bantuan mengikut kategori yang layak:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA STR FASA 4 DIBAYAR?
Pembayaran STR Fasa 4 dilaksanakan melalui dua cara, iaitu secara kredit terus ke akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun, atau melalui tunai di kaunter BSN bagi penerima tanpa akaun. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4?
Setiap tahun,bantuan STR diagih secara berperingkat. Tahun 2025 menyaksikan 4 fasa bayaran, dan kini tumpuan diberikan kepada pengumuman Fasa 4. Berikut ialah jadual lengkap bagi setiap fasa dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh bayaran akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Untuk rujukan, pembayaran Fasa 4 pada tahun 2024 dibuat sekitar November. – Sumber: bantuantunai.hasil (FAQ).
BAGAIMANA NAK BUAT SEMAKAN STR FASA 4?
Semakan status STR Fasa 4 boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sila pilih menu Log Masuk MySTR dan klik Semakan Status. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Langkah-langkah lengkap membuat semakan adalah seperti berikut:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]