STR SEMAKAN FASA 3 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA SUMBANGAN TUNAI
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40. Kerajaan telah membuat pengumuman rasmi memaklumkan bahawa bayaran STR Fasa 3 akan mula dikreditkan kepada penerima yang layak secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan. Berdasarkan Belanjawan 2025, peruntukan besar telah disalurkan bagi memastikan jutaan isi rumah menerima manfaat, termasuk bujang, isi rumah berkeluarga dan warga emas. Jumlah penerima pada tahun ini dianggarkan 8.6 juta orang. Bantuan ini bertujuan membantu mengurangkan tekanan kewangan harian, termasuk perbelanjaan keperluan asas.
Semakan status penerima STR Fasa 3 2025 boleh dilakukan secara dalam talian bagi memudahkan rakyat mengetahui kelayakan mereka. Ikuti info lanjut yang telah disediakan dalam artikel ini.
BACA JUGA: CHECK STATUS TERKINI BAYARAN STR BUJANG FASA 3
APAKAH SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon mengikut kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan individu bujang. Antara syarat-syaratnya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Penting: Individu bujang yang masih dalam pengajian IPTA/IPTS tidak layak memohon sebagai pemohon bujang. Sebaliknya, mereka perlu dimasukkan dalam maklumat tanggungan permohonan isi rumah.
BERAPAKAH JUMLAH STR FASA 3 2025?
Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah antara RM150-RM650 mengikut kategori kelayakan penerima. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
| KATEGORI PENERIMA | PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|---|
| ISI RUMAH B40 | <RM2500 | RM150-RM650 |
| ISI RUMAH M40 | RM2501-RM5000 | RM150-RM300 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | <RM5000 | RM150 |
| BUJANG | <RM2500 | RM150 |

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN STR FASA 3?
STR Fasa 3 akan dibayar melalui 2 cara yang mudah mengikut jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tidak seperti butiran di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BILAKAH TARIKH BAYARAN STR FASA 3?
Bantuan STR di bayar secara berperingkat dan kerajaan baru sahaja mengumumkan tarikh bayaran bagi Fasa 3 bermula pada 12 Ogos 2025. Rujuk jadual di bawah sebagai gambaran yang lebih jelas tentang fasa bantuan dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
STR SEMAKAN FASA 3 2025
Semakan status bagi bantuan tunai STR Fasa 3 boleh dibuat melalui laman rasmi MySTR secara atas talian https://bantuantunai.hasil.gov.my/ . Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN
Panduan bagi STR Semakan Fasa 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]