SEMAKAN EKASIH 2025 : SEMAK BANTUAN (RM200 & RM150 & RM50)
Program eKasih merupakan pangkalan data nasional yang menyenaraikan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang layak menerima pelbagai bentuk bantuan kerajaan. Antara bantuan yang disalurkan kepada penerima eKasih ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui inisiatif MyKasih, dengan jumlah bantuan bulanan sebanyak RM200, RM150 dan RM50 bergantung kepada kategori kelayakan penerima yang disalurkan terus ke dalam MyKad. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan terus memperkukuh bantuan bersasar ini bagi memastikan kebajikan golongan B40 terus terbela.
Bagaimanakah cara nak buat semakan status bantuan eKasih 2025? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan dalam artikel ini.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN RM100 DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN EKASIH 2025
Sebelum bantuan diluluskan, pemohon perlu memastikan mereka memenuhi semua syarat yang diperlukan. Di bawah ini adalah syarat kelayakan yang perlu diberi perhatian bagi bantuan eKasih:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
- Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
TARIKH BAYARAN EKASIH 2025
Bantuan eKasih akan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima yang layak. Berikut disertakan tarikh bayaran bagi penerima kategori B40:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
JUMLAH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Penerima eKasih akan menerima jumlah bantuan berbeza terus ke dalam MyKad mengikut kategori kelayakan mereka. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima B40 dan jumlah bayaran yang akan diperoleh:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
CARA GUNA BANTUAN EKASIH
Penerima bantuan boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan eKasih yang telah dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
SEMAKAN EKASIH 2025
Untuk mengetahui status bantuan eKasih, penerima boleh membuat semakan online menerusi dua laman rasmi yang telah disediakan. Berikut ialah portal rasmi dan langkah-langkah lengkapnya:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan eKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]