SEMAK STR BUJANG FASA 4 2025 – SEMAKAN STATUS PENERIMA & JUMLAH BAYARAN
Kerajaan meneruskan bayaran STR bujang Fasa 4 bagi tahun 2025 sebagai usaha memastikan golongan bujang B40 turut menerima manfaat tunai secara berperingkat. Bantuan ini memberi kelegaan kepada penerima yang layak dalam menghadapi kos sara hidup semasa.
Teruskan membaca untuk mengetahui cara semak status penerimaan dan jumlah bayaran STR bujang Fasa 4 2025 yang dikreditkan ke akaun masing-masing.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG FASA 4?
Kerajaan menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi memastikan STR sampai kepada kumpulan sasar sebenar. Rujuk maklumat berikut untuk semakan:
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Perhatian: Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, mereka hanya layak disenaraikan sebagai tanggungan dalam kategori isi rumah, bukan pemohon bujang individu.
Syarat kelayakan untuk kategori isi rumah & warga emas tiada pasangan adalah seperti butiran di bawah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
JUMLAH BANTUAN STR BUJANG FASA 4 YANG DISALURKAN
STR Fasa 4 menawarkan jumlah bantuan kategori bujang sebanyak RM150 kepada penerima yang layak. Lihat jadual di bawah untuk butiran penuh:
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| BUJANG BELIA | 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
| BUJANG WARGA EMAS | 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
| BUJANG OKU | 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BILA TARIKH BAYARAN STR BUJANG FASA 4 DIKREDITKAN?
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan STR Fasa 4 2025 akan dikreditkan lebih awal bermula 18 Oktober 2025. Semak tarikh bayaran STR Fasa 4 kategori bujang mengikut fasa dalam jadual di bawah:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | Penerima Sedia Ada : 18 OKTOBER 2025 (secara berperingkat) Penerima Tunai Tiada Akaun : Mulai 21 OKTOBER 2025 Penerima Baru & Rayuan : Mulai 13 NOVEMBER 2025 |

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 BUJANG DIAGIHKAN?
Cara bayaran STR bujang Fasa 4 ditetapkan mengikut status penerima. Bagi penerima berakaun, bayaran dikredit terus, manakala penerima tanpa akaun akan menerima secara tunai di BSN. Semak perincian cara bayaran STR bujang Fasa 4 berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAK STR BUJANG FASA 4
Untuk semak STR bujang Fasa 4, layari portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan log masuk akaun MySTR. Pilih menu Semakan Status. Jika ada sebarang masalah, hubungi BKK di talian 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Langkah daftar akaun MySTR baharu sebelum semak status STR bujang Fasa 4 adalah seperti di bawah:
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR bujang Fasa 4 secara online.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Penerima boleh menuntut bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Ya, penerima yang layak dan aktif dalam sistem akan terus menerima bayaran Fasa 4 tanpa perlu mohon semula.
Boleh, melalui ruangan Rayuan STR di portal MySTR selepas tempoh pembayaran selesai.
Disarankan untuk kemaskini jika ada perubahan pendapatan, alamat atau status pekerjaan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak STR Bujang Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]